2 Ogos 2012
Ujian belum berakhir dan tidak akan berakhir.. Ujian berakhir dengan berakhirnya catatan manusia. Waktu itu malaikat berhenti mencatat.
Ujian tidak memilih siapa dan ia sesuatu yang pasti berdasarkan ayat mulia :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ ( 157
9.25am - saya tiba rumah mak, ada abang, dan W Zak, mak pun dah siap. Appointment giliran keempat. Kemungkinan jam 11am. Kami ada masa untuk bersiap-siap fizikal dan mental.
10.00 - dengan kuasa veto yang ada pada ayah..."Jom kita pergi sekarang," kata ayah. Kami bergerak dua kereta, kerana saya akan ke sek semula tengahari nanti.
Tiba di hospital ayah dapat parking dengan mudah dengan pertolongan Allah. Saya diuji menunggu lama. 10.50 mak telefon risau saya tak naik lagi. Mak berikan panduan di mana mereka sedang menunggu. Setelah lama menunggu dengan sabar yang hampir kering, seorang tua berbangsa Cina memberi isyarat kepada saya suruh saya pusing ke arah keretanya yang akan keluar. Alhamdulillah......terima kasih Allah.
Kami diuji menunggu lagi . Doktor yang dinanti belum tiba. Benarlah kata orang....penantian ialah satu penyeksaan. Mak dah mula penat. Saya pun dah mula resah bimbang tak sempat mengikuti perbincangan bersama doktor kerana waktu beredar kian tiba. Doktor tiba jam 11.55am. Mak mula lega. Giliran pertama masuk, kedua dan ketiga tiada aral. Mak giliran keempat. Setelah pesakit ketiga keluar, doktor ikut keluar...??!! oh...kami menunggu lagi....subhanallah......benarlah Kau sedang menguji kami.
Penantian kali lebih menyeksakan kerana tiada jawapan yang boleh melegakan kami.
Kami terus menanti.....
Penantian berakhir pada jam 12.50. Kami lega apabila doktor tiba. Alhamdulillah ....panjang syukur kami.
Doktor itu mempamirkan kepakarannya dalm setiap penerangannya. Adikku tiba. Ini menambah kelegaan saya kerana beliau lebih mahir dari saya untuk menerima penerangan doktor dengan lebih mudah.
Alhamdulillah......kami sangat berpuashati dengan penerangan doktor. Ada beberapa perkara yang kita kena ambil kira :
1) reda kita sedang diuji
2) bersedia untuk menerima ujian-ujian seterusnya kerana kita yakin ujian belum berakhir
3) kepakaran Doktor hanya sekelumit ilmu yang Allah cicipkan untuknya.
4) bertawakkal kepada Allah dengan perkara-perkara yang akan kita lalui seperti pembedahan, kesakitan,
risiko dan semua perkara.
5) tidak meletak harapan kepada kepakaran doktor, tetapi wujudkan rasa kagum dan taajub dengan
kehebatan Allah menjadikan banyak perkara yang tak dapat kita selesaikan.
6) jelas akan konsep fardu kifayah dalam konteks ilmu yang dibahagi-bahagikan kepada ramai golongan di
dunia ini.
7) dan yakin dengan konsep ... رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ : tulang belakang, disc nya,
saraf tunjang, air tulang belakang dan setiap inci tubuh kita ada peranan nya masing-masing. Lihat
kepakaran Allah.....rosak sikit satu bahagian tiada bengkel terbaik yang mampu memperbaikinya. Di sini
kita jelas tiada yang dapat menandingi kehebatan dan kekuasaan Nya.....Allahu akbar.
Jadi bersyukurlah dengan setiap pemberianNya. (لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ )
Ujian belum berakhir ..... Rancangan manusia telah menetapkan Ahad 5Ogos mak akan mula masuk wad. Isnin pagi 6Ogos satu pembedahan akan dibuat. Kita masih tidak akan dapat menduga apakah rancangan Allah, namun, kita wajib bersangka baik dengan Allah. Segala apa yang ditentukan penuh dengan hikmah. Kalau bukan untuk mak tetapi untuk kita semua.
Ujian untuk mak untuk menghadapinya, ujian untuk kita sebagai anak untuk menguruskannya.......
واللـــــــه أعلـــم.
beginilah contoh imbasan imej tulang belakang mak yang sakit. Bulatan menunjukkan ada sesuatu yang terkeluar dan menekan saraf tunjang mak, sebab itu ia sakit dan menyakitkan ke bahagian badan yang lain.
Ini keratan dari atas menunjukkan bagaimana ia keluar dan menekan saraf berbanding dengan imej yang normal.
Lihat contoh bagaimana ia menolak saraf.
maklumat lanjut boleh didapati di sini
Segala puji bagi Allah......
ku mohon ringan kan penderitaan bondaku,
limpahkan rahmatMu ke atasnya,
atas segala kebaikan bondaku...kasihanilah bondaku,
ampunkan dosa-dosanya,
kurniakanlah ke atasnya keampunan, keamanan, kesihatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat...
Amin....

Dan Allah ta'ala berfirman, "dan
pasti Kami akan menguji kalian dengan sesuatu dari rasa takut, lapar
dan kekurangan dari harta, jiwa (nyawa insan dan buah-buahan,) dan berikanlah kabar
gembira kepada orang-orang yang sabar" (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa
oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah : 155-156)
Kita kena yakin di penghujung kesusahan ada kesenangan yang sedang menanti seperti firmannya
(فإن مع العسر يسرا, إن مع العسر يسرا
9.25am - saya tiba rumah mak, ada abang, dan W Zak, mak pun dah siap. Appointment giliran keempat. Kemungkinan jam 11am. Kami ada masa untuk bersiap-siap fizikal dan mental.
10.00 - dengan kuasa veto yang ada pada ayah..."Jom kita pergi sekarang," kata ayah. Kami bergerak dua kereta, kerana saya akan ke sek semula tengahari nanti.
Tiba di hospital ayah dapat parking dengan mudah dengan pertolongan Allah. Saya diuji menunggu lama. 10.50 mak telefon risau saya tak naik lagi. Mak berikan panduan di mana mereka sedang menunggu. Setelah lama menunggu dengan sabar yang hampir kering, seorang tua berbangsa Cina memberi isyarat kepada saya suruh saya pusing ke arah keretanya yang akan keluar. Alhamdulillah......terima kasih Allah.
Kami diuji menunggu lagi . Doktor yang dinanti belum tiba. Benarlah kata orang....penantian ialah satu penyeksaan. Mak dah mula penat. Saya pun dah mula resah bimbang tak sempat mengikuti perbincangan bersama doktor kerana waktu beredar kian tiba. Doktor tiba jam 11.55am. Mak mula lega. Giliran pertama masuk, kedua dan ketiga tiada aral. Mak giliran keempat. Setelah pesakit ketiga keluar, doktor ikut keluar...??!! oh...kami menunggu lagi....subhanallah......benarlah Kau sedang menguji kami.
Penantian kali lebih menyeksakan kerana tiada jawapan yang boleh melegakan kami.
Kami terus menanti.....
Penantian berakhir pada jam 12.50. Kami lega apabila doktor tiba. Alhamdulillah ....panjang syukur kami.
Doktor itu mempamirkan kepakarannya dalm setiap penerangannya. Adikku tiba. Ini menambah kelegaan saya kerana beliau lebih mahir dari saya untuk menerima penerangan doktor dengan lebih mudah.
Alhamdulillah......kami sangat berpuashati dengan penerangan doktor. Ada beberapa perkara yang kita kena ambil kira :
1) reda kita sedang diuji
2) bersedia untuk menerima ujian-ujian seterusnya kerana kita yakin ujian belum berakhir
3) kepakaran Doktor hanya sekelumit ilmu yang Allah cicipkan untuknya.
4) bertawakkal kepada Allah dengan perkara-perkara yang akan kita lalui seperti pembedahan, kesakitan,
risiko dan semua perkara.
5) tidak meletak harapan kepada kepakaran doktor, tetapi wujudkan rasa kagum dan taajub dengan
kehebatan Allah menjadikan banyak perkara yang tak dapat kita selesaikan.
6) jelas akan konsep fardu kifayah dalam konteks ilmu yang dibahagi-bahagikan kepada ramai golongan di
dunia ini.
7) dan yakin dengan konsep ... رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ : tulang belakang, disc nya,
saraf tunjang, air tulang belakang dan setiap inci tubuh kita ada peranan nya masing-masing. Lihat
kepakaran Allah.....rosak sikit satu bahagian tiada bengkel terbaik yang mampu memperbaikinya. Di sini
kita jelas tiada yang dapat menandingi kehebatan dan kekuasaan Nya.....Allahu akbar.
Jadi bersyukurlah dengan setiap pemberianNya. (لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ )
Ujian belum berakhir ..... Rancangan manusia telah menetapkan Ahad 5Ogos mak akan mula masuk wad. Isnin pagi 6Ogos satu pembedahan akan dibuat. Kita masih tidak akan dapat menduga apakah rancangan Allah, namun, kita wajib bersangka baik dengan Allah. Segala apa yang ditentukan penuh dengan hikmah. Kalau bukan untuk mak tetapi untuk kita semua.
Ujian untuk mak untuk menghadapinya, ujian untuk kita sebagai anak untuk menguruskannya.......
واللـــــــه أعلـــم.
beginilah contoh imbasan imej tulang belakang mak yang sakit. Bulatan menunjukkan ada sesuatu yang terkeluar dan menekan saraf tunjang mak, sebab itu ia sakit dan menyakitkan ke bahagian badan yang lain.
Ini keratan dari atas menunjukkan bagaimana ia keluar dan menekan saraf berbanding dengan imej yang normal.
Lihat contoh bagaimana ia menolak saraf.
maklumat lanjut boleh didapati di sini
Segala puji bagi Allah......
ku mohon ringan kan penderitaan bondaku,
limpahkan rahmatMu ke atasnya,
atas segala kebaikan bondaku...kasihanilah bondaku,
ampunkan dosa-dosanya,
kurniakanlah ke atasnya keampunan, keamanan, kesihatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat...
Amin....
Ameen ya Rabb..
ReplyDeletePermudahkanlah urusan kami sekeluarga.. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya...