Friday, September 6, 2013

Bismillah ku mula bicara......



ya Allah, ampunkan dosa2ku...
segala yg zahir dan yg batin, yg aku sedari ataupun tidak,
ya Allah, mohon lapangkan segala kesulitan,
luaskan rezeki untuk anak2ku, 
ya Allah ,
ampunkan dosa2 suamiku, 
kurniakan segala rahmat dan hidayah ,
bimbinglah dia dalam segenap urusan,
terutamanya sebagai suami soleh penunjuk jalan kpd kami semua,
ya Allah,
ampunkan dosa anak2ku,
sesungguhnya mereka anak2 comel yg tidak berdosa,
bimbinglah mereka ke jalan yg Kau redai,
di ruang2 kekurangan kami membimbing mereka,
mohon ya Allah,
kuatkanlah iman mereka, jadikan lah mereka hamba yg bertaqwa,
peliharalah solat mereka andai aku atau mereka terleka,
jangan Kau hukum mereka kerana kesilapan kami,
kurniakanlah mereka ilmu yg bermanfaat,
kurniakanlah mereka rakan2 yg baik,
hiasilah mereka dgn akhlak mulia,
mohon bantu mereka dalam usaha mengikis akhlak mzmumah,
masukkanlah mereka dalam sebaik2 ummah,
ya Allah, 
ampunkan dosa2 ayah bondaku,
mereka insan terbaik yang mencorakkan kehidupanku kini,
kurniakanlah mereka ribuan ganjaran kebaikan atas kebaikan mereka mendidikku,
kurniakanlah mereka kesihatan yg baik,
agar mereka dapat melaksanakan ibadah sempurna di hari tua ini,
ya Allah,
ampunkan dosa2 abang dan adik,adik,adikku
merekalah teman terbaik sepanjang kehidupanku,
bimbinglah mereka andai tersilap dalam tindakan,
terkasar dalam ucapan,agar mereka terus berada dalam kebaikan sepanjang hayat,
bahagia dunia akhirat,
ya Allah,
ampunkan dosa2 sahabat2ku....
tak kira di mana mereka berada, segenap lapisan usia,
sama ada semasa kecil , semasa belajar atau yang dikenali setelah aku bekerja,
ya Allah,
lapangkan urusan kami semua,
bimbinglah kami mencari redaMu,
pimpinlah kami mendapatkan kasih sayangMu,
tunaikanlah hajat kami mencari hidayahMu,
dengarlah doa kami untuk menempatkan diri dalam syurgaMu,
pandanglah kami dengan rahmatMu,
jauhkan kami dari kemarahanMu,
hindarkan kami dari azabMu,

amin ya rabbal 'alamin......