Saturday, August 11, 2012

Ya Allah..sembuhkanlah bonda kami

Sabtu, 11 Ogos 2012.
Hari ini hari terakhir di rumah sakit ini. Semalam doktor dah beri harapan boleh keluar hari ini. Saya berusaha untuk menggantikan tempat adikku untuk menemankan mak malam tadi. Ditambah pula anaknya demam panas. Jadi berilah saya peluang untuk berkhidmat malam tadi. Allah kabulkan doa saya. Saya tiba agak lewat. Hampir jam 12.00. Rupanya  mak dah menunggu lama. Maafkan saya mak.

Ini rawatan terakhir pagi ini. Doktor Mazwar menjenguk mak, periksa kesihatan mak, lihat luka mak. Maka, keluarlah perkataan yang ditunggu-tunggu....'OK, Semua bagus, boleh keluar hari ini, makcik teruskan ubat di rumah ya. Datang semula ke hospital untuk saya buka balut luka pada 17 Ogos nanti'. Begitulah antara kata-kata akhir dari Doktor. Saya berkira-kira.....17 Ogos...pasti jalan di Johor Bahru dah mula lengang kalau jadi cuti hari itu.


 Sementara menunggu laporan, persiapan bil dan sebagainya, saya jalan-jalan.......

Ni bunga cina nyonya sebelah katil mak.

Di luar hospital saya teruja dengan susunan kerusi roda di luar pintu masuk yang diatur untuk kemudahan pengguna.


Dan ini gambar terakhir yang saya petik.





Sebaik sahaja gambar ini dipetik, seorang jururawat menegur saya, Puan...maaf, kat sini tak boleh ambil gambar. Alamak sorry saya tak tau. Takpe-takpe ...yang dah sudah  tu takpe.  Tapi saya tak nampak pun larangan mengambil gambar. Ada...kat sana ada tulis. Saya beredar dari situ dan akhirnya saya jumpa simbol ini di satu sudut. 

Itulah kisah saya hari itu.





Hari ini Ahad 12 Ogos 2012, jam 8.10am, saya dah sampai di rumah mak untuk saya bantu apa-apa yang patut. Mak masih belum kuat untuk duduk lama dan jalan. Siapa lah kita tua nanti jika bukan ANAK-ANAK....








No comments:

Post a Comment