Wednesday, October 7, 2015

Sakit itu nikmat Dan ujian

Jun 2015

Anakanda Farhah Hamdiah menerima ujian,
Patah jari manis kaki kanan ketika di surau asrama. Berikut adalah gambar kenang2an.

Menerima rawatan di Johor specialist Hosp, terima kasih buat saudari Rosmawati yg banyak membantu kami, terima kasih yg tidak terhingga buat Walid yg sentiasa bersama kami.

Debaran menanti di perkarangan operation theatre, doa sentiasa di bibir Walid Umi.
Inilah hasilnya, jari yg patah terpaksa disokong besi, rupanya manusia itu lemah.
Selepas sebulan, jalani proses mengeluarkan besi yg menyokong.
Allah maha pengasih penyayang.
Dia masih beri peluang utk hambaNya bermuhasabah Dan bertaubat

September 2015- October 2015

 Umi mendapatkan rawatan sakit belakang, seperti yg diduga, hanya dgn MRI sahaja setakat ini yg terbaik yg mampu melihat dalaman.
Pengalaman mnghantar bonda beberapa tahun lalu terbayang di ingatan. Kali ini debaran nya lebih terasa. Sejuk aircond seakan memberhentikan aliran darah.
Saya memohon agar diperdengarkan bacaan Quran, namun tidak dihampakan dgn alunan nasyid shj yg ada. Hanya beberapa minit sahaja, Umi lena dalam tidur, proses selesai.


 Rawatan susulan ialah fisioterapi, umi dilayan dengan baik oleh dua orang physiotherapist yg baik, Syaira Dan shajitra
 Beginilah gambaran yg berlaku.

 Ubat Dan fisio ialah ikhtiar, Allah jualah yg menyembuhkan


 Sakit itu rupanya nikmat yg mndekatkan hamba dengan penciptaNya.
Hati akan terasa besarnya Allah, rasa semakin kerdil, mudah2an semuanya mnjadi iktibar kepada yg lain khususnya anak2 Umi.

Amin. اللهم امين.

1 comment:

  1. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik kepada seluruh ahli keluarga kak eni dan kita semua, ameen..

    ReplyDelete