Sunday, November 28, 2010

TAHNIAH FADWAH, FAYYAD , HASNI

SEKALUNG TAHNIAH

Sebenarnya tulisan ini dah lama siap tp tak terpublish atas sebab-sebab teknikal..maklum lah tak mahir kan... namun ku cuba juga agar ia kan menjadi kenangan untuk anak2 nanti...

Tahniah untuk Fadwah, Hasni dan Fayyad yang menghadiri majlis konvokesyen sblm cuti sekolah akhir tahun 2010 tempohari iaitu pada 7 Disember 2010. Majlis diadakan di Kompleks Mawar, Johor Bahru.

Fadwah tampil anggun dengan kebarung merah membacakan ucapan mewakili seluruh pelajar tadika Al-Ummah Johor Bahru. Tahniah Fadwah, semoga berjaya selalu dunia akhirat.
gambar yang diambil tidak begitu baik namun rakaman ucapan fadwah pasti akan sentiasa membuatkan dia tersenyum bangga tentunya.

Ayahnda Khair turut hadir untuk menyampaikan sijil.

Fayad... Oh Comel, beraksi bersungguh-sungguh dalam persembahan itu, Tidak tahan gelihati lihat telatah comelnya, orang ke kanan dia ke kiri, orang pusing dia tak habis lagi menghayun kaki sambil mengira 1...2...3...4... ala comel anak umi.


terima kasih yang tidak terhingga untuk semua cikgu 2 Tadika Al-Ummah 8 Mutiara Rini dan Al-Ummah18 Taman Suria. Semoga jasa cikgu Allah balas dengan kebaikan dunia dan akhirat, amin


Khairul Hasni bersama Teacher Imah....dari Tadika Al=Ummah 18, Fadwah dan Fayyad juga pernah bersekolah di sini....Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain....ingatan tulus ikhlas juga untuk Techer Hidayah, Teacher Fifi , Teacher Hanim, Teacher Zainab, dan lain-lain yg pernah mengajar semua anak-anakku Farhah, Faris, Fawwaz. Fadwah dan Fayyad

Sumber inspirasi...Teacher Fadhillah dan Teacher Zuraidah...jasamu kan kami kenang hingga akhir hayat...Terima Kasih Cikgu....

Friday, November 12, 2010

YA ALLAH, SEMBUHKAN ANAKKU...

Baru2 ini ke segamat, beli ubat utk farhah, terima kasih kepada abg noh dan kak yan yg memperkenalkan nama Dr.Se , seorang pakar perubatan traditional yang beroperasi di rumah sepenuh masa

Kami tiba di segamat pagi itu jam 10 pagi. Terpusing-pusing mencari Taman Abdullah, baiknya beliau menjemput kami di suatu tempat. Kami dibawa ke rumahnya di Taman Abdullah. Ketika kami sampai, ada dua keluarga datang yg mengalami masalah sama sepeti farhah. Kami diajak duduk di kerusi menggantikan tempat mereka yg datang lebih awal.

Dr.Se terus memulakan syarahannya yg cukup hebat. Belum pernah aku jumpa doktor yang memberikan penerangan lengkap sebelum sempat aku mengajukan soalan. Itu baru permulaan... Kami difahamkan bahawa VITILIGO bukan penyakit berbahaya, tidak berjangkit, dan tidak diwarisi secara langsung. Tapi perlu ingat 60% ia datang dari genettik yg tidak dpt ditentukan dari mana datangnya.


Ia juga bukan sakit baru , malah telah banyak kelihatan di mana-mana, tidak mengenal usia dan bangsa. Selepas berpunca dari genetik, ia mengakibatkan hati yang mengalami alergi. Sistem hati yg terganggu dengan punca genetik yg diterimanya mengakibatkan manusia seperti Farhah akan alergi dengan makanan tertentu. Yang paling utama ialah protein yang datang dari kekacang. Maka Farhah dilarang mengambil semua jenis kekacanag, bijirin mahupun sayuran dan keturunannya. Mmmm ... sesuatu yang sangat baru untuk kami. Setakat ini kami tidak pernah dengar larangan ini dari mana-mana doktor yang kami temui.


Selain kacang, berikut ialah perkara yang Farhah mesti jauhi...

  1. telur.
  2. ayam daging(yang nyata menerima suntikan), ayam kampung yg dibuang kulit sahaja yg boleh dimakan
  3. durian
  4. air laut
  5. air panas semulajadi spt di kolam2 air2 panas, atau sauna
  6. kawasan tinggi labih dari 3000 kaki dari aras laut, kerana ia memberi tekanan kepada hati
  7. sabun , syampu yang biasa.. boleh guna produk baby sahaja yang mempunyai ph rendah
  8. elakkan marah dan stress, kerana ia mampu meningkatkan penularan lebih banyak

berikut pula ialah perkara yang mesti diambil dan galakan yang lebih...

  1. minum air msak lebih , lebih dari 1.5 sehari tapi tidak lebih 3 liter.
  2. minum air rebusan pandan tanpa gula, jadikan amalan untuk seisi keluarga untuk dapat manfaat bersama
  3. tidur sebelum 11 malam, dan bangun awal, kerana itulah waktu bagi hati untuk berehat
  4. sentiasa happy supaya lebih positif dan membina keyakinan diri
  5. penyapuan ubat yang diberi dengan konsisten

(mengutamakan bahagian muka untuk membina keyakinan)

selain dari itu ada sesuatu yg jauh lebih menarik . Kaum Cina memang terkenal dengan perubatan akupunture kan. Kali ini kami berpeluang menyaksikan sendiri di depan mata. Pernah bertahun dulu masa hantar mak lakukan perubatan itu ketika mengandungkan sadah, tapi dah terlalu lama.

Tempohari Dr.Se mencari dua titik , satu di tengkok dan satu di bahagian pinggang belakng. Dua tempat itu dipanaskan dengan api hingga ada rasa panas. Sempat aku bertanyakan kepadanya, apakah dua titik itu. Jawapannya sgt menarik "Life and Dead Point". Dua titik ini tidak boleh trkena jarum akupuntur. Jadi tujuan memanaskan titik tersebut. Katanya dia cuba untuk mematikan sel vitiligo supaya tidak menular lebih jauh dari sedia ada. Subhanallah....... hampir menitik air mataku.... Adakah ini takdir ubat yang ku temui untuk Farhah.

Ya Allah , semoga penantian ini berkhir dengan mudah. Segalanya kini atas Farhah untuk meneruskan perubatan tersebut dgn baik. Selain dari bebelan umi yg tak jemu-jemu menjerit setiap hari , dia sendiri kena kuat untuk usahakan yg terbaik di mana pulangannya untuk dirinya sendiri.

Semoga Allah mudahkan segala urusan yang kami lalui, Ya Allah dengarlah doa hambaMu ini.... Amin....

Friday, October 22, 2010

Buat I/C

Kali pertama membawa anak pertama ke Pejabat Pendaftaran memang benar-benar merupakan pengalaman pertama yang tidak dapat dilupakan. Saya rasa ini juga merupakan pengalaman pertama melihat setiap kaunter mempunyai kameranya sendiri. Bagusnya.... detik hati saya. Kalau dibandingkan dengan puluhan tahun dulu tersangatlah jauh bezanya..... Kali terkahir menjejakkan kaki di pejabat ini ialah pada tahun 1996. waktu itu umur 24 tahun, hendak baharukan i/c yang sepatutnya dibuat pada usia 21 tahun. masa tu keadaannya sangatlah panas, suasana hiruk pikuk, beratur berjam-jam. Jauh beza dengan keadaan pagi tadi.

pergi dengan suami banyak lah perkara yang dimudahkanNya. Semoga Farhah ingat sampai bila-bila kenangan manis ini. Nampak macam kelakar kan, tapi inilah hakikat. Jarang sangat kami dapat luangkan masa bersama-sama seperti ini. Kesibukan harian mengalahkan seorang menteri.Jjumpanya hanya pagi dan setelah terbenam mentari. Namun anak-anak kena yakin dan pasti . Umi dan Walid keluar mencari rezeki. Pada kakak lah harapan kami.... Jaga diri dengan baik dan penuhkan ilmu di hati. Tetapkan iman dan jangan abaikan perintah Ilahi. Moga kita sama-sama dapat tinggal sekali lagi di syurga yang abadi....

Wednesday, September 29, 2010

Adakah kesalahan telah terampun dengan kata 'maaf'....

Hati ini ingin menulis di sini lantaran teringatkan sebuah cerekarama yang berjudul "Kemaafan yang Tertangguh". Ada beberapa perkara yang terlinas dalam fikiran ini. Dalam memori Syawal lepas, dalam suasana bermaaf-maafan, pernah terfikir di dalam hati ini adakah kita .....

1. mohon maaf dengan highlight perkara tertentu atau random secara pukal tapi masih tertinggal beberapa perkara yg tidak pasti atau dirahsiakan....
2. mohon maaf tapi esok buat lagi perkara yang sama....

3. mohon maaf sekadar di bibir sahaja untuk menyedapkan hati pihak ketiga....
4. meninggalkan insan tertentu walaupun pernah berdosa dengan mereka.....

5. memilih insan tertentu untuk dihubungi kerana terlalu ramai saudara mara.....atau terlalu banyak dosa hingga sukar untuk minta maaf

Memang tidak dapat dinafikan sukar bagi kita untuk minta maaf dengan semua orang, dalam masa yang sama. Kesuntukan masa, ruang dan peluang dengan dosa yang banyak menjadi alasan yg kukuh untuk kita menangguhkan kemaafan. Namun demikian kita diberi peluang walaupun cuma seketika untuk memohon maaf dengan insan tertentu yang telah dipilih oleh Allah. Perlulah diingat sebelum itu, kitalah yang memilih insan tertentu itu. Ibarat pepatah Melayu berkata, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak kelihatan.



ayahanda, ampunkan kesalahan anakanda dari sejak dilahirkan hingga kini, halalkan segala makan dan minum yg telah menjadi darah daging ini......
bonda, kini ku tahu kemanisan dan keperitan gelaran ibu, ampunkan segala salah dan silap diriku ini...andai ada yang mengguris perasaanmu, itulah kelemahanku , ampunkanlah dosa-dosa ku....

masih adakah lagi kemaafan yang tertangguh ....?

Wednesday, August 4, 2010

catatan perjalanan 3



perjalanan ke Mekah dalam keadaan ihram sangat mencabar. kami sampai lebih kurang lepas isyak, selepas makan malam dan berehat sekejap, umrah wajib mesti diselesaikan malam itu juga untuk melepaskan diri dalam keadaan ihram.

perjalanan yg panjang membuatkan kita terfikir peristiwa hijrah, Hijrah yg mengubah sejarah Islam, betapa Allah maha kaya dan adil untuk meletakkan sesuatu di tempatnya yg betul.



subhanallah Mekah yg bersejarah , sejarah yg paling agung dalam dunia kehidupan yg abadi. Kali pertama menatap Kaabah, lidah kelu tidak terkata. Kalau boleh ku ubah putaran masa, ingin ku datang lebih awal lagi. Tapi Allah maha 'alim dan kuasa atas tiap sesuatu. Itulah janjinya. Bahawa yg telah ditetapkan akan pasti dengan setiap izinNya.



kagum dengan muka buki mekah yg diusahakan oleh jentera manusia....untuk kemudahan manusia.....

inilah sebahagian jabal Qubais di belakang masjidilharam yang sebahagiannya telah dijadikan istana... masyaAllah... peta ini terletak cantik di belakang masjidilharam, kita boleh lihat lokasi sekitar masjid yg sangat luas.

subhanallah, maha suci Allah yg menyucikan baitul'atiq dari dikelilingi berhala, kemudian bebas dari zaman jahiliyah dijaga oleh zaman berzaman, terus dimuliakan di bawah pimpinan setiap khalifah hingga ke hari ini. Kan tetap unggul hingga tiba saatnya yang pasti....


di masjid Tana'im kami perbaharui niat untuk melakukan umrah yang kedua. Ya Allah terimalah umrah yang kami abdikan untukMu...

kami dibawa menziarahi kawasan2 haji, masyaAllah, bila pula lah dapat ke sini untuk mengabdikan diri sekali lagi menunakan haji pula, elum dapat pergi dapat tengok pun jadilah, Rakaman ini dibuat agar diri beringat belum menunaikan rukun haji yang kelima..



ni gambar terakhir yg diambil selepas tawaf wida', Ya Allah kembalikan aku semula ke sini bersama keluargaku satu masa nanti...allahumma amin....

sekian .

Tuesday, June 29, 2010

catatan perjalanan II

Air mata menitik lagi.....

Buat kali kedua air mata ini tak dapat ditahan-tahan apabila melihat Masjid Nabawi yang tersergam indah. Bagai tidak percaya kaki ini sudah sampai di bandar yang diterangi dengan cahaya keimanan. Tak sabar rasanya nak ke masjid yg dimuliakan Allah itu. Proses masuk hotel pagi itu lewat pula kerana insan yang dipertanggungjawabkan belum tiba. Azan subuh berkumandang. Telingaku seperti tenggelam dalam irama kelunakan muazin di subuh yang hening. manusia2 beriman berpusu-pusu ke masjid dalam langkah yag cukup teratur.

Payung2 besar memayungi manusia di perkarangan masjid. Pemandangan yg cukup indah.

Terpaku mata memandang keindahan susana perkarangan Masjid Nabawi, bagai tidak percaya hari ini aku berdiri di sini. Ini pula perkarangan untuk masuk ke kawasan permakaman Rasulullah dan sahabat.


Pengalaman yg tidak dapat dilupakan kali pertama berasak2 untuk memasuki Raudah dari belakang kawasan pwrepuan, Begitu rupanya..... andai Rasulullah masih hidup, tentu banyak yang Baginda tidak berkenan, Aku tidak melepaskan peluang untuk cuba sampai , Sebenarnya tidak ku tahu adakah tempat tersebut sudah mencecah kawasan Raudah atau belum, Namun tak ku lepaskan untuk berdoa setiap sudut langkah kakiku...


Ini pula perkarangan kawasan permakaman Baqi' yg menempatkan ribuan sahabat, sayu hati apabila mengenangkan semangat juang g tidak pernah luntur dari sanubari mereka.


jabal Uhud....menyimpan sejarah yang tersirat.... sejarah tidak taat kepada ketua, sejarah pengkhianatan yg berlaku di belakang sahabat, sejarah tamakkan harta, sejarah kekalahan kerana kecuaian...dan macam2 lagi.



di sinilah para sahabat ditempatkan , alfatihah....


perjalanan diteruskan ke masjid Quba' . Tersentuh dalam perjalanan menyusuri lembaran sirah peristiwa hijrah. Dalam keadaan bentuk muka bumi, panas terik, tetapi kegagahan yang dipayungi dengan keimanan mengalir dalam urat2 darah Baginda Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Inilah Masjid Quba' yang dibina atas dasar taqwa.

keesokan harinya, selepas 4 hari di madinah, kami bertolak ke Bi'r Ali untuk memasang niat mengerjaka umrah.....

Labbaikallhumma labbaik........


Ya Allah terimalah kami sebagai tetamu Mu.....


ikuti catatan perjalanan 3 dalam episod seterusnya.....

Friday, June 25, 2010

Catatan perjalanan (I)

gugurnya air mata.......


kali pertama air mata ini tumpah ialah ketika menjejakkan k
aki di bumi anbia' Mesir setelah meninggalkannya untuk tempoh 14 tahun. Tak banyak yg ku lihat berubah, habuknya tetap sama, raut wajah penduduknya, gaya perbualan mereka, fesyen bagi remaja perempuan ada perempuan ada perubahan sikit. Kawasan lapangan terbang yg semakin luas menunjukkan mesir ramai dikunjungi pendatang luar. tidak tahu apa sebenarnya yg menyedihkan , namun pengalaman hidup di sana selama 5 tahun itulah yg mengajar erti hidup. Cuaca agak nyaman pg itu, wajah adinda yg dirindui tidak kelihatan. Bas yg telah lama menunggu membawa kami ke hotel. Hotel Tiba di Giza, jauhnya...... bila lah nak sampai Madinat Nasr.... itulah bisik hati kecilku. Buka tingkap boleh nampak piramid kebanggan Firaun dan rakyat Mesir. Kalau ratusan tahun piramid pun piramid tak berubah lagikan setakat 14 tahun . Itulah yg dikekalkan oleh Allah supaya manusia berfikir, dan berfikir keangkuhan manusia yg ingin melawan Allah tuhan sekalian alam. Kami dibawa melawat ke temapat buat papyrus. Dulu tak pernah pun pergi, pernah pergi tapi kawasan lain. yg teruja ialah ilmu yg dikurniakan oleh Allah amat praktikal sesuai dengan zaman dan keperluan. Itulah kuasa Allah.

Kami bergerak terus dibawa ke Crytsal Usfur. Lagilah tak pernah pergi masa belajar dulu. tak masuk line di sini, sygnya gambar pun tak ambil. bosan menunggu, jalan2 di luar, ahh.... ada sesuatu yg menarik. Kami beli anggur yg dipanggil banati. dijual di atas keldai. yg menarik Mesir, mereka masih guna neraca original sekilo, stengah kilo dan suku kilo..... saksikan .....


pulang ke hotel keletihan terus keluar lagi menuju ke satu lagi destinasi iaitu rumah bujang. Bayangkanlah, memang penat, baru sampai pg tu siang sehari berjalan . Malam keluar lg, dari gizah ke Shubra, makan dan balik semula ke Giza.

kenangan bergambar di rumah bujang makan nasi hadramaut yg dibelanja oleh adinda menjamu tetamunya yg datang ni.


jumpa lagi di episod seterusnya....

Tuesday, May 25, 2010

Ragam anak-anak.......

dunia kanak2, semuanya indah, walaupun kena marah, jatuh parit, dan sebagainya ..... rupanya keindahannya terasa apabila menigkat dewasa. Apabila kita dapat merasakan tidak mungkin diulang walau sesaat.

walau sudah ditulis oleh abang zul dalam blognya idea menulis, rasa teruja untuk mencatatkannya sekali lagi betapa indahnya dunia mereka tanpa masalah kewangan, masalah kerjaya, masalah rumahtangga, masalah bos dsbgnya.....

gambar ini dipetik oleh abang zul di taman permainan atuk dan nenek mereka di kg sinaran untuk dikongsi bersama

gaya faris hamdani .....














inilah gaya sepupu faris....zaid

Thursday, May 13, 2010

Mei yg istimewa.....

Lama tak ziarah laman sendiri. Hari-hari kini sangat sibuk sekali. Tak taulah apa yg disibukkan. Tiba kini bulan Mei. Diam tak diam dah 4 bulan berlalu. Istimewanya Mei terlalu banyak hari yg kita raikan bulan ini. (kerana penulis juga lahir dalam bulan ini). Hari ibu, hari guru, hari jururawat, dan berbagai hari lagi. Kesemua itu untuk mengingatkan kita jasa2 tertentu, kisah2 tertentu bagi sebahagian mereka yg tidak mengenang jasa.

Apabila hari2 begitu diwujudkan maka, wujudlah perasaan saling menghargai antara satu sama lain. dalam Islam kita diajar konteks doa. Antara ciri doa yg mujarab ialah doa fi zahril ghaib, iaitu doa yg tidak didengari untuk saudaranya. Kebanyakan kita menghargai ungkapan "saya doakan awak begitu begini...." dan sebagainya, atau "terima kasih kerana doakan saya", atau "saya doakan begitu juga" atau " semoga cepat sembuh", "tahniah, semoga dimrahkan rezeki berlipat kali ganda" atau mungkin kadang2 doa di depan pengantin doa di hospital ketika menziarahai orang sakit dan sebagainya.

tetapi rupanya kita memang digalakkan berdoa apa sahaja terutama untuk kebahagiaan org lain bukan setakat di hadapan malah di belakang kita. Kenapa mesti di belakang...? Kalau di depan orang, kita nanti seakan bangga orang tu menghargai kita dengan segala unsur pujian atau sbagainya. Tapi kalau di belakang itulah nak tau sahabat sejati atau tidak. bedasarkan konsep ukhuwah Islam atau tidak. wallhu a'lam.

kami turut meraikan bonda tercinta pada 9 Mei lalu, selain hari ibu, bertepatan pula dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 42 tahun. Dalam kesibukan kemeriahan hari tersebut terlintas di fikiran saya utk menyelami perasaan suami yang telah kehilangan ibu 4 tahn lepas. Perasaan itu saya sematkan dalam diri anak2 sekiranya mereka memahami.... andai kamu tiada umi lagi, kamu akan tercari2 dengan siapa hendak kamu raikan hari ibu. Di pusara umi..? Atau menumpang kasih dengan mana2 ibu...? Dengan nenek ..? Mokde...? Atua mungkin Cik Saadah...? Fikirkanlah..... biasanya kita akan lebih menghargai apabila ia telah berlalu......