Friday, November 22, 2013

KENANGAN BELAJAR SOLAT

Kemas-kemas rumah mak semalam terjumpa satu buku lama yang menjadi kenang-kenangan semasa kecil. Ia adalah sebuah buku. Buku ini bukan sebarang buku. Ia mendapat tempat di hati ramai ibu bapa kerana jasanya yang cukup banyak daam pendidikan solat anak-anak. Dan yang lebih istimewa ia adalah hasil nenda kami Allahyarham Nenda Ahmad Sonhadji bin Muhammad.

Terdapat dua versi Lelaki dan Perempuan.



Satu masa dulu, buku ni sangat glamour, kerana ia panduan lengkap masa itu yang jelas,mudah, bergambar, dan lengkap dengan maksud. Bagi adinda Saadah Khair ia menjadi lebih istimewa apabila ayah mencetaknya untuk dihadiahkan kepada tetamu sahabat handai pada hari perkahwinannya.

Ternyata perkongsian ilmu itu sangat bermanfaat dan dituntut oleh junjungan baginda Rasulullah saw. Justeru.. saya kongsikannya untuk anak2 yg rajin belajar melalui internet di blog Pendidikan Islam SMK Kempas untuk dikongsi bersama.

Saturday, November 16, 2013

Resepi baru ikan keli ayah

Kali ini ayah tukar selera. Selalunya ..hanya keli masak pecel sahaja permintaan ayah..., namun sejak perbualan dengan seorang rakan yg memperkenalkannya dengan resepi baru tersebut, hanya itu sahajalah permintaannya kini.

Dan ayah perlukan seorang tukang potong yang mahir. Untuk menggoreng tak susah, tepung sedia bancuh dah ada, janji minyak panas, gorenglah ia....

Jom kita tengok....hasil tangan mak untuk ayah tersayang..
mula-mula bersihkan ikan keli,
kemudian potong nipis-nipis, proses ini memerlukan kemahiran tinggi..
bancuh tepung, nak senang ,gunakan tepung segera yang siap dibancuh dengan rempah..

kemudian goreng dalam minyak panas......., hingga kekuningan

angkat dan tos, nak lebih sedap lagi cecah lah dengan apa-apa yang diinginkan , pastikan makan ketika panas......

inilah resepi baru ikan keli ayah yang terhebat dari taman gembira..."nugget keli " kata cucu-cucu nenek...

SELAMAT MENCUBA.....