Friday, November 22, 2013

KENANGAN BELAJAR SOLAT

Kemas-kemas rumah mak semalam terjumpa satu buku lama yang menjadi kenang-kenangan semasa kecil. Ia adalah sebuah buku. Buku ini bukan sebarang buku. Ia mendapat tempat di hati ramai ibu bapa kerana jasanya yang cukup banyak daam pendidikan solat anak-anak. Dan yang lebih istimewa ia adalah hasil nenda kami Allahyarham Nenda Ahmad Sonhadji bin Muhammad.

Terdapat dua versi Lelaki dan Perempuan.



Satu masa dulu, buku ni sangat glamour, kerana ia panduan lengkap masa itu yang jelas,mudah, bergambar, dan lengkap dengan maksud. Bagi adinda Saadah Khair ia menjadi lebih istimewa apabila ayah mencetaknya untuk dihadiahkan kepada tetamu sahabat handai pada hari perkahwinannya.

Ternyata perkongsian ilmu itu sangat bermanfaat dan dituntut oleh junjungan baginda Rasulullah saw. Justeru.. saya kongsikannya untuk anak2 yg rajin belajar melalui internet di blog Pendidikan Islam SMK Kempas untuk dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment