23 Disember 2012 - Tarikh ini merupakan tarikh bersejarah buat ayahanda Khair bin Haji Salam kerana atas usaha murni beliau, ayahanda berjaya menganjurkan perjumpaan keluarga .
|
Inilah lokasi perjumpaan diadakan, surau yg diusahakan oleh almarhum Hj Salam di atas tanah miliknya. |
Saya mewakili ayahanda saya Haji Khair bin Haji Salam merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh keluarga yang hadir terutama mereka yg bertungkus lumus menjayakannya (kerana kami tinggal di Johor Bahru).
Ucapan terima kasih teristimewa kepada :
abang Ali dan keluarga, abang Hamsani dan keluarga, abang Hashim Husin, abang Jalal, abang Ajib, abang Faid, abang Saadon@Manan, abang Malik, dan seluruh keluarga masing-masing.....atas usaha gigih dan kerjasama yang padu melaksanakan program tersebut dengan jayanya.
Di kesempatan ini juga, sukalah saya merakamkan insan-insan istimewa yang masih ada hingga ke tarikh ini untuk anak cucu cicit kenali kewujudan mereka. Sesunguhnya Allah tidak akan mengasihi orang yang tidak mengasihi hambaNya yang lain.
|
anak keempat Bonda Marfuah Hj Salam |
|
anak ketujuh - Bonda Alpah Hj Salam |
|
anak kesembilan - Bonda Khadijah Hj Salam |
|
anak kesepuluh - Ayahanda Khair Hj Salam |
|
anak Bongsu - Bonda Aminah Hj Salam |
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah
s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat
daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi
& Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka
sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t.
Sesiapa
yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian
Allah s.w.t."
(Riwayat Bukhari)
الفاتحة
Terima kasih atas usaha Achik..
ReplyDeleteCicit menyanjung tinggi..
Mohon share dgn adik-beradik.
Azman Shariat Kasri/Maimunah.
Terima kasih atas usaha Achik..
ReplyDeleteCicit menyanjung tinggi..
Mohon share dgn adik-beradik.
Azman Shariat Kasri/Maimunah.