Sunday, November 13, 2011

Sekalung tahniah ...


Tahniah untuk Fadwah Hamdiah yang selesai menjalani upacara majlis konvokesyen Tadika Darul Ilmu. Tahniah untuk pihak sekolah yg berjaya menjalankan majlis tersebut dengan cukup baik. Ceramah yang disampaikan oleh tetamu jemputan sangat bersesuaian untuk ibu bapa yang hadir pada hari itu. Ucapan Ustaz Ajmain selaku perasmi juga tidak kurang hebatnya, sangat menyentuh perasaan. Antara ungkapan yang menarik " sayangi dan peluklah anak anda dengan kasih sayang sepenuhnya sebelum dia dipeluk oleh orang lain".

Tahniah dan terima kasih buat semua guru-guru Tadika Darul Ilmu yang memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan kasih sayang kepada anak-anak saya yang menumpang di bawah payung tadika itu.

Inilah Fadwah yang akan berhijrah ke SK Taman Mutiara Rini tahun 2012. Dia nampaknya dah tak sabar dan kelihatan bersedia untuk menjadi pelajar tahun 1 di sekolah itu.

Terima kasih ayah bonda yg turut hadir. Terima kasih Abang Zul yang bawa ayah bonda bersama. Terima kasih atas dorongan kalian dalam pendidikan anak-anak. semoga anak-anak kita semua sejahtera dalam limpahan iman dan taqwa mendukung jolokan soleh dan solehah. Amin.

Wednesday, October 26, 2011

BAHASA ARAB HIDUP DALAM JIWA ORANG MUKMIN


Apa beza antara mukmin dan kafir ?

SOLAT.

Apa maksud solat ?

Dari segi bahasa : doa
Dari segi istilah : ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.

Solat dalam bahasa apa?

BAHASA ARAB.


Anak-anakku, saudara saudari sekelian, di situlah kekuatan dan mulianya Bahasa Arab berbanding bahasa lain di seluruh dunia. tidak sah solat dengan bahasa lain selainnya. satu-satunya bahasa yang ditulis di dalam Al-Quran dan digunakan di dalam syurga.

Sebenarnya Bah.Arab itu hidup dalam jiwa mukmin. Mukmin bertaqwa yang mengingati Allah , lidahnya basah menyebut kalimah-kalimah suci. Hatinya hidup dengan mengingati Allah.

اللــه اكبر
سبحــان الله
الحمد للــه
ما شــاء اللــه
حسبي الله ونعم الوكيل

kalimah-kalimah suci di atas kekuatannya tidak sama dengan yang diterjemahkan. Itulah yang dinamakan BAHASA ARAB HIDUP DALAM JIWA MUKMIN.

Cuma ramai yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar akan kepentingan dan kemuliaan Bahasa Arab dalam hidup kita.

واللــه أعلم

Sunday, October 16, 2011

JIKA TAK SUKA JANGAN KATA BENCI......




Kisah ini berlaku beberapa bulan yang lepas, antara seorang ibu dan anaknya. Tajuk utama perbualan mereka ialah kesukaran yang yang dihadapi oleh si anak dalam pembelajaran Bahasa Arab.

U: Kenapa ni ?
A : Susahlah umi...
U : Apa yang susah, cubalah pelan-pelan....
A : Umi bolehlah...Umi pandai....
U : Umi dulu sama je macam awak, tak pandai juga, tapi umi cuba....
A : Umi lain...., Umi pandai..
U : Kali pertama umi belajar bahasa arab pun semasa tingkatan 1, mana ada orang baru belajar
terus pandai....
A : Masalahnya.....
U : Masalahnya apa....?
A : Masalahnya .....saya tak suka Bahasa Arab...!
U : Tak baik cakap macam tu.....
A : Ya umi..., sorry sangat-sangat....sebenarnya saya tak suka belajar Bahasa Arab tu...susah.
U : Awak boleh cakap susah, tapi tolong jangan cakap tak suka.....
A : Tak sama ke...?
U : Al-Quran bahasa apa...?
A : Bahasa Arab.
U : Solat dalam bahasa apa...?
A : Bahasa Arab.
U : Nak makan baca bismillah...dah kenyang cakap alhamdulillah....bahasa apa...?
A : Bahasa Arab....ala Umi....sorry.....
U : Awak lahir diazankan diiqamatkan, dibacakan pelbagai ayat, didoakan pelbagai permintaan ..bahasa apa...?
A : Bahasa Arab....ya ya....faham...
U : Boleh tak cakap benci...tak suka....
A : Tak boleh....
U : Faham sekarang...? Boleh cuba lagi lepas ni..?
A : Faham...minta maaf banyak-banyak, umi tolong ya nanti...
U : Ya, insyaAllah...umi tak pernah tak tolong awak kan...Allah lah yang menolong kita....


Coretan khas untuk anak-anakku yang sedang mempelajari Bahasa Arab, semoga Allah memberkati kalian semua....Amin....