30 Julai 2012.
Melangkah kaki ke laluan ini amat asing buat saya. maklum saje dengan kemampuan yang saya ada, saya tidak pernah mendapatkan rawatan di sini. Saya terus mencari dua insan yang saya sayang. Maaf mak..saya lambat sampai. Maaf ayah...saya biarkan tangan ayah yang berkedut tu menolak kerusi roda mak.
Sebaik sahaja keluar lif, terdengarsuara memanggil, oh...ayah. Terpancar kegembiraan di muka ayah dengan kehadiran saya. Sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara. Jam dah pukul 10.00 pagi. Mak dah mula resah dengan kelewatan doktor. Saya hampir hilang idea untuk dibualkan. Saya bukakan facebook untuk mak lihat gambar yang abang masukkan di wallnya. Tersentuh hati saya dengar mak dan ayah ketawa gelihati.
Doktor tiba akhirnya pada jam 10.55. (tiba hospital jam 8.40). Setelah meneliti kes mak, mak diminta menjalani CT Scan. Mujur ada abang Muzammil yang bertugas di situ. (terima kasih atas bantuan yang dihulurkan).
Maaf mak ayah, saya tak dapat tunggu tengahari ini. Setelah yakin adikku akan datang, juga abang, saya melangkah berat meninggalkan kawasan hospital. Mak sabar ya....saya tahu mak kuat...ya Allah...kurniakan kesabaran yang yang tinggi buat bonda kami.
31 Julai 2012
Saya tak sempat jenguk mak.....maaf mak, tapi saya tak lupa doakan mak. Rupanya malam tu mak sakit kuat. Mujur abang ada bersama adikku di rumah mak. Jadi saya dapat maklumat dari mereka sahaja. Ayah buat keputusan untuk ke hospital esok.
1 Ogos 2012.
7.20am - adikkku telefon, maklumkan keputusan ayah pukul berapa nak gerak ke hosp.
7.35am - ayah telefon, minta kepastian pukul berapa boleh tiba.
7.42am - mohon cuti hari ini, alhamdulillah diluluskan
8.15am - hantar anak...
- singgah sek, ada urusan yang mesti diuruskan
9.35am - sampai rumah ayah, uruskan mak dan sebagainya...dan bertolak ke hospital
Tiba-tiba hujan panas turun sewaktu saya keluarkan kereta ayah, Sayu hati saya. Ya Allah mudahkan urusan kami hari ini. Kami tak banyak berbicara di dalam kereta. Adikku telefon dari Mesir. Nak cakap dengan mak. Terputus-putus suara mak dalam perbualan telefon itu menahan sakit. Sakit yang belum kami ketahui puncanya itu benar-benar mengganggu fikiran kami semua. Kami serahkan semuanya kepada Allah .
Kami terus menuju ke klinik tulang dengan harapan langkah kami betul. Bermulalah sesi soal jawab antara doktor dan pesakit yang kami bawa. Langkah pertama mak mesti menjalani MRI untuk mendapatkan gambaran sebenar di mana punca. Subhanallah..... kecilnya ilmu manusia yang memerlukan kajian terprinci untuk mendapatkan sesuatu. Kali pertama saya lihat alat canggih itu...lebih kurang beginilah .....
Selalu lihat dalam tv je atau dalam dalam majalah. Rupanya takdir yang membawa saya ke sini.
12.35 - mak siap jalani scan dengan alat itu selama 25 minit. Wajah mak sangat letih. Ayah juga keletihan di luar. Kalau tak puasa, tentu kami dah ngeteh di sana. Ayah tak berhenti menyebut nama Allah. Kekadang tersengguk keletihan. Saya dapat mengagak belakang badan ayah yang penat tidur di kerusi. Dalam usia 73tahun, tentu ayah tidak segagah dulu. Tiba-tiba tergambar agaknya begitulah keadaan ayah di samping mak setiap kali menunggu kelahiran kami semua. Hari ini saya ditakdirkan melihat ayah menunggu mak lagi. Kami semua menjadi saksi bahawa Ayah sangat sabar setiap kali mak sakit.
1.20pm - adikku tiba, saya lega ada teman, report pun siap, kami bergerak ke bilik doktor semula. Mak dibiarkan berehat. Kami agak suspen bila dipanggil ke bilik doktor. Mak alami 'slip disc' yang jarang berlaku seperti kebiasaan orang lain alaminya. ia berlaku di kedudukan T-11 bahagian atas pinggang. Kebanyakan kes pada kedudukan L3-4 di bahagian bawah. Kami mendengar dengan tekun. Macam-macam perkara yang bermain di fikiran kami semua. Agaknya apa yang ada di fikiran ayah.....
Itulah kisah hari ini. Esok akan kami teruskan dengan tabah.
Mak....saya tahu mak kuat....mak selalu nasihatkan saya untuk kuat dan tabah. Saya akan selalu ingat itu....
Tiada duanya mak buat kami semua.....Ya Allah .....mudahkan lah urusan kami.....
Kak eni.......
ReplyDeleteBerjujuran air mata baca coretan ini. Hanya Allah yang mampu balas jasa Abg Zul, K.eni dan K.aida, lebih2 lagi Ayah. Doa saadah tak putus-putus untuk Mak dan kalian sejak dapat tahu dari semalam. InsyaAllah mahu pulang hujung minggu ni. Allah Maha Tahu di sebalik hikmah kejadian ini..
semoga tabah.
ReplyDeleteaku retak di T-5 & T-6
-----------
Nadhar
terusik membaca tulisan cik eni,
ReplyDeleteSemoga semuanya dipermudahkan dan harapan nyai akan sihat semula.
terima kasih buat kalian yang turut mendoakan bonda kami, Allah pilih beliau untuk menerima ujian ini, ujian untuk dia sabar hadapinya, ujian untuk kita semua untuk menguruskannya..
ReplyDeletesyafahallah
ReplyDeleteTiada kata secantik bahasa..terdetik sayup hatiku membaca coretan penulis berbakat ini.Walau buku yang terhasil tidak dapat menandingi penulis-penulis tersohor.
ReplyDeleteIbu,sesungguhnya kami amat mengasihimu,setiap deti dan saat bibir-bibir anakmu basah dengan doa mengharapkan kesejahteraanmu.Namun suatu yang kita tidak dapat elak ialah apabila qudrat allah datang sebagai ujian kepada setiap manusia.Ini bagi memastikan setiap hamba itu sudah bersedia atau belum pada suratan takdir yang ditentukan.
Harapan yang menggunung pastinya mengharapkan doa-doa mulus itu didengari ilahi..Positif pada ketentuan dengan berpasakkan iman di dada..
Kepada anak-anak ibu jangan pernah jemu untuk terus berbakti selagi hayat dikandung badan..ilmu dan pendidikan yang tinggi kita gunakan sebaiknya dikala si IBU menderita, menahan kesakitan bagai sakit waktu melahirkan kita.
Untuk mu ibu I just want to say I LOVE YOU...
Al Faqir ila ma'rifati Rabbihi...JB.