Sunday, October 16, 2011

BERDOA VS BACA DOA


بســــــم اللــــه الرحمــــن الرحيــم
terpanggil hati ini untuk menulis sekilas terpandang anakku yang berdoa tidak sampai seminit....

"abang dah doa belum"
"dah tadi"
"abang doa apa ?"
"doa lah apa-apa"
"ya lah,,,doa apa, laju no tadi macam tak sempat baca apa-apa pun"
"abang baca laju-laju"

aku cuba selami hatinya yang mula rasa bersalah.....lalu ku pegang tangannya lembut....

"abang....doa tu apa?"
"minta kepada Allah", jawabnya ringkas.
"abang kalau nak minta dengan umi, abang minta pelan-pelan ke cakap laju-laju?" tanyaku minta kepastian.

dia mula faham soalanku, "minta pelan-pelan", jawabnya lemah.
"macam tu juga doa"ujarku,

"berdoa.....dengan baca doa tak sama bang..."
"kenapa tak sama?, kan kita baca doa..." tanyanya hairan.
"tak sama....",tegasku,
aku menyambung lagi....

"berdoa datang dari hati, minta sepenuh harapan, memohon jawapan, ada orang baca doa dia sekadar baca je.....hanya di mulut....atau tak sempat baca pun, sekadar angkat tangan buat syarat."


berdoalah anakku.....
hanya Dia tempat kita mohon perlindungan
dan kesejahteraan dunia dan akhirat

Ya Allah, ku mohon kepadaMu..
jadikanlah anak-anak kami..
anak-anak yang
beriman...
bertaqwa...
beramal soleh...
berjaya di dunia dan akhirat

Ya Allah..
jauhkan lah mereka ...
dari sifat-sifat mazmumah....
hiasilah mereka dengan ..
akhlak karimah mahmudah..
amin..
ya rabbal alamin...


semoga coretan ini dapat difahami oleh anak-anakku satu hari nanti........

Tuesday, September 27, 2011

AIDILFITRI 1432H


Aidil Fitri 1432 H mencatatkan kenangan indah apabila ada beberapa kelainan yang kami nikmati. Gambar lepat di atas ialah antara barisan lepat yang dipelajari dan dihasilkan oleh anakanda2 kami Faris dan Fawaz. Sifu mereka ialah Pak Ngah yang didatangkan khas dari Klang. Saya fikir ini ialah antara kenangan indah buat mereka.


Inilah Pak Ngah kami yang sangat cermat dalam tindak tanduknya, Terima kasih Pak Ngah kerana sabar melayan anak2 kami mempelajari ilmu membuat lepat yang sudah semakin berkurangan dalam generasi anak muda masa kini.

lihatlah aksi dua beradik ini yang bekerjasama menghasilkan lepat hasil tangan mereka. Tahniah...


Malam itu kami berkumpul mengenang kembali pemergian Bonda mertuaku yang telah pergi lima tahun yang lalu. Bacaan Yasin dan tahlil yang diketuai oleh suami disempurnakan oleh oleh kaum keluarga yang hadir malam itu.
Semoga Al-Mahumah Bonda ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh...


Raya ketiga Ayahanda Khair bersama Bonda Ratna dan Saadah menziarahi keluarga di Pekan Nenas, Inilah dua insan mulia yang tidak jemu memberi bimbingan dorongan dan kasih sayang kepada kami seisi keluarga. Semoga Allah sentiasa memberkati mereka...amin

Dua insan ini...Ayahanda Hj Khair bin Abd Salam dan Ayahanda Hj Sanusi bin Hj Razali.

Thursday, May 19, 2011

APA ERTI SAMBUTAN HARI LAHIR DALAM USIA INI...


terfikir sejenak di fikiran..apa erti sambutan hari lahir.. kalau anak kecil pasti mahu iringan kek yang kita ambil dari warisan jajahan mereka yg tidak berpegang kepada al-Quran. Namun, apa sebenarnya yang kita raikan..dan kalau ikut tahun hijrah kita telah lebih setahun dari usia yg ada.

justeru , apa pula yg kita banggakan dalam hidup...bangga dengan usia tua, atau harta yg ada, ingatlah wahai diri , semakin bertambah usia kita, semakin tua usia dunia..

tertarik dengan kata-kata hikmah yang diambil di sini

Sesudah 40 tahun mengekalkan sifat bakhil, hingga sifat itu sudah menjadi akhlak dan perangainya, bukan senang hendak mendidik hati jadi pemurah.

Sesudah 40 tahun menjadi pemarah dan pembengis, bukan mudah untuk berubah menjadi pengasih dan lemah lembut.

Sesudah 40 tahun berhasad dengki dengan sesama manusia, tentu tidak mudah untuk menjadi orang yang berlapang dada dengan manusia.

Sesudah 40 tahun tidak sabar, tidak redha, maka tentu payah untuk bertukar menjadi seorang yang sabar dan redha dengan Allah.

Sesudah 40 tahun berpenyakit gila puji, gila pangkat, gila dunia, tentulah harapan tipis untuk bertukar menjadi seorang yang zuhud; sudah dekat nak mati masih sebut "harta saya", "kebun saya" dan "wang saya".


walaupun usia belum 40 dan sebenarnya tidak perlu ditakut-takutkan dgn angka apa2 saja, kita tetap dalam pengawasan malaikat Rakib dan Atid yg setia. Itulah amalan kita sebenarnya...cubalah kita semak2 scan2 ramal2kan apa agaknya catatan malaikat berdua tersebut dengan yg realiti kita lalui.. bukankah ihsan itu " kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak dapat melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu.."hidup kita adalah perjalanan ke negeri abadi. jalan tar di atas kek tu tak tau rasanya manis atau pahit. nampak indah ...tapi penuh dengan hikmah, yang melepasi ujian JPJ bolehlah ,memandu di jalan raya, yg gagal .sabarlah , .. kita tidak pernah dihalang untuk mencuba , sepanjang pemanduan kita dipantau oleh pihak Polis dan JPJ itu kehidupan alam nyata, tapi yg tersirat .. polis Allah tidak pernah lalai dalam kerja mereka...



lihatlah muka anak-anak kita. Hari lahir kita tidak segembira mereka menyambut hari lahir mereka, semoga kita banyak panjatkan doa di hari lahir itu agar semua harapan dan doa dimakbulkan Allah. Tugas kita membesarkan anak belum selesai , kita masih berhutang dengan mereka dalam banyak perkara, bimbang sekiranya ada jawapan yg keluar..Umi tak ajar..Ayah tak de cakap pun..atau mungkin...tak ada orang bagitau..

terpukul dengan kata-kata seorang murabbi di sini
anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!

Ya Allah ....ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa suamiku, dosa-dosa ibu bapaku, ampunkan dosa-dosa guru-guruku, ampunkan dosa anak-anak ku... kurniakan lah kami hidayah untuk mencari redaMu..Ya Allah, hanya Kau yang tahu kekurangan kami, hanya Kau yg tahu kekuatan kami, bimbinglah kami ke jalan yg Kau redai, bimbinglah kami agar kami tidak leka dengan dunia kami yg lalai ini.

Wednesday, May 11, 2011

Jangan pisahkan Aku dan Dia...


Assalamu alaikum,

pagi ini terpanggil untuk mencoret di layar ini setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk duduk lama di sini. Namun, hati yg terkesan ini benar2 terpanggil untuk berkongsi beberapa ayat untuk dijadikan renungan.

Musibah yang melanda kami baru2 ini benar2 mengingatkan kami tentang kebesaran Allah. Betapa kami dapat merasakan kekuasaan Allah itu benar dan pasti. Nikmat yang Allah beri selama ini ternyata sebuah pinjaman sebagai medan untuk menguji manusia . Benarlah firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud : (Dialah Allah yg menjadikan kematian dan kehidupan supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia maha perkasa lagi maha Pengampun )

Subhanallah yang tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, kita diuji bukan untuk diseksa, bukan kerana Allah itu zalim, tapi kita diuji untuk dilihat bagaimanakah kita menerima ujian dengan sabar atau pun tidak. Terubat sedikit hati ini bila diuji Allah berpeluang untuk menginsafi diri, terbaca pula status seorang teman, katanya bila sesekali diuji, jangan mudah mengalirkan air mata.. Ya Allah... terpukulnya aku waktu itu. Tak tahu air mata yang mengalir untuk apa. Adakah kerana harta yg hilang atau gembira terpilih oleh Allah dengan ujian itu, atau terharu diuji demikian rupa.

hari ini aku bersyukur, kerana Allah buka jalan untukku cara-cara untuk redha .

Pertama, kembalikan semua perkara kepada Allah. Kata-kata Ayah sangat memberi kesan ketika kami berkumpul ahad 8Mei lalu. sabarlah ..semua perkara telah tertulis di luh mahfuz. Betul ayah.. semua harta kita milik Allah termasuk diri kita sendiri, kalau Allah menariknya semula kita tiada kata-kata lagi hari ini. Ini baru diuji hilang harta dunia. ramai pula yg berkata harta boleh cari lagi. Bukan harta yg kita nak cari, reda dengan ketentuan Ilahi kita kena cari dan daptkan kerana ia terletak jauh di sudut hati bukan semudah melafazkannya.

Kedua, sentiasa menyebut nama Allah, kalau tak solat, tak sebut nama Allah, tak mengaji, dsbg, ubahlah, dal setiap perjalanan kita ke tempat kerja ialah ibadah, tambah lah keindahannya dengan membaca amalan tertentu, teringat satu hadis,
dua perkataan yang ringan di bibir ,berat timbangannya , disukai oleh ar-Rahman iaitu سبحان الله وبحمده , سبحان الله العظيم dan sebenarnya banyk lagi yg kita tahu seperti penghulu istighfar atau apa2 sahajalah yg mengingatkan kita kepada Allah

ketiga, bebaskan diri dari apa orag kata dan penghargaan manusia. terima kasih Dr Muhaya, terima kasih Allah kerana menggerakkan hati ini untuk mencari dan mencari. Jangan kau pesongkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami, dan kurniakan lah kami rahmatMu sesungguhnya Engkau maha pemberi kurnia, ayat 8 surah Ali Imran..

Hidayah itu mesti dicari bukan ditunggu kedatangannya..carilah , kalau tak cari , mana nak jumpa..pencarian terhenti seiring terhenti nafas..

Anda juga belum terlambat seperti saya...

Wassalam

Friday, March 18, 2011

Rehlah saidah dan kerja.....2in1

rehlah saidah di Tiram Indah Village sesungguhnya tidak dirancang... Ia dirancang di peringkat di peringkat sekolah namun rupanya rehlah bersama keluarga dirancang oleh Allah..

Suami hantar ke sekolah pagi tu tanpa menduga petang tu pula suami datang meraikan program kami. Terima kasih suami....kerana sudi meraikan program umi anjuran sekolah. Bertugas di bahagian sijil sahaja namun tidak kekok rasanya untuk membantu rakan2 dalam menguruskan pelajar .

Keseronokan yg ku lihat di wajah anak2 ialah apabila mereka dapat berada di ruang yg bukan biasa dgn mereka, kawasan yg luas utk berlari, kawasan yg baru untuk diterokai, yg tentunya tidak terdapat di mutiara rini...

acara malam, farhah dan fadwah dapat ikut, ternyata fadwah menjadi faci paling muda malam itu bersama2 umi, tp syg tiada gambar yg dirakam malam itu kerana kami semua sibuk mungkin terlupa.

keesokan hari faris dan fawwaz pula menuntut untuk mengikuti program, fawwaz menahan kecewa kerana kasut yg ada cuma satu, itu pun kasut umi, tentulah abang yg dapat kuasai keadaan, umi tempatkannya dalam kumpulan abang alif, memandangkan dah kenal dan umi lebih yakin dengan keselamatannya apabila bersama alif.

ni antara gambar2 yg ada muka dia yg dpt dijadikan kenangan.
senaman pagi sebelum memulakan pengembaraan. kelihatan faris sungguh bersemangat ....





inilah aktiviti yang paling ditunggu2 oleh faris. Ada gambar dia pulak tu... tentulah seronok sangat ...ni lah yg buat fawwaz jeles......

semoga menjadi kenangan abadi buat anak2ku...lain tahun kita pergi lagi...

Saturday, February 19, 2011

selamat ulang tahun Fadwah

keseronokan kanak2 masa kini merayakan ulang tahun sangat berbeza dengan masa silam kita. itulah dunia. Bersyukurlah mereka kerana mempunyai ibu bapa yang masih berpeluang menggunakan rezeki yg ada untuk menggembirakan mereka.

kek harijadi, ... antara ranking permintaan paling tinggi dalam sejarah mana2 ulang tahun kelahiran sesiapa sahaja. Fadwah turut tidak ketinggalan.

tarikh 13 Feb lepas, kami raikan kelahiran fadwah yg ke -6. Tetamu jemputan yg hadir ialah jiran kami Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiah serta Hamka dan ibu mereka.


Fayyad turut ketinggalan untuk 'merasa' seronoknya memotong kek hari jadi. (agaknya perasaan bebudak ni nak sambut harijadi setiap hari ya, tak tau apa yg seronok) tak nak ketinggalan juga tangan fawwaz yg turut serta untuk share pisau bersama fadwah.

semoga Fadwah berjaya selalu hadapi dugaan dengan tabah, beriman, bertaqwa, beramal soleh berjaya dunia akhirat...amin

Saturday, January 22, 2011

sebuah kematian

malam itu kami dikejutkan dengan berita saudara yg tenat di hospital, susah nya utk menerima kenyataan "tanpa punca penyakit pasti". Tapi itulah yg berlaku Umi Atikah dikejarkan ke hospital kerana didapati tidak sedarkan diri setelah mengalami sakit kepala yg serius.

Umi Atikah ialah anak Cik Shima kami di Pekan Nenas. senyum manisnya masih tergambar di ruang mata. Walaupun kami jarang berjumpa, namun kemesraan yang terhad itu membuatkan kami mudah mengenalinya. Panggilan "umi"nya juga kekadang mengelirukan seisi rumah bila aku juga dipanggil umi oleh anak2ku.

suami mendahului aku ke wad B tingkat 1, HSA malam itu, aku menunggu di rumah sambil mendoakan yg terbaik. Keesokan paginya , aku bergegas ke hospital, saudara2 telah pulang, tinggallah ibunya, abangnya dan beberapa keluarga rapat. Tapi berita yang ku dengar meluluhkan hatiku, bantuan pernafasan yang diberikan tidak mampu melawan kuasa Tuhan. Bapa Umi Atikah dipanggil ke hospital untuk membuat keputusan yg sangat menyayat hati.

Jam menunjukkan pukul 10.45, aku mencari ruang untuk membacakan surah yasin, airmata tidak dpat ditahan-tahan, beginilah rupanya perasaan di saat akan kehilangan orang yang disayangi. Selepas saluran pernafasan dibuka, ibu bapanya mengajar dan memperdengarkan kalimah2 suci, bacaan meter yang terpapar di skrin sudah tidak stabil, garisan panjang2 sudah mula menggantikan graf yg turun naik...Subhanallah .! Ini adalah pengalaman ku yang pertama menghadapi suasana ini. Suasana sungguh sayu saat itu. setiap mata asyik memerhatikan paparan skrin. Tidak dapat ku duga perasaan orang lain ketika itu.

aku seolah2 dalam dunia ku sendiri, hinggalah saat yang paling sedih ialah ketika memberi kucupan terakhir untuk anak saudaraku itu. Itulah hakikat terakhir yg pasti.

al-Fatihah utuk Umi Atikah, semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. amin.

Sesungguhnya aku tidak akan melupakan peristiwa ini sepanjang hayat. Terbayang wajah2 tersayang yang pasti akan meninggalkan kita satu hari nanti, atau adakah kita yang akan pergi dahulu.........

....كل نفس ذائقــة الموت....
setiap jiwa akan merasai kematian....

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة .. امين