Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Rehlah saidah dan kerja.....2in1

rehlah saidah di Tiram Indah Village sesungguhnya tidak dirancang... Ia dirancang di peringkat di peringkat sekolah namun rupanya rehlah bersama keluarga dirancang oleh Allah..

Suami hantar ke sekolah pagi tu tanpa menduga petang tu pula suami datang meraikan program kami. Terima kasih suami....kerana sudi meraikan program umi anjuran sekolah. Bertugas di bahagian sijil sahaja namun tidak kekok rasanya untuk membantu rakan2 dalam menguruskan pelajar .

Keseronokan yg ku lihat di wajah anak2 ialah apabila mereka dapat berada di ruang yg bukan biasa dgn mereka, kawasan yg luas utk berlari, kawasan yg baru untuk diterokai, yg tentunya tidak terdapat di mutiara rini...

acara malam, farhah dan fadwah dapat ikut, ternyata fadwah menjadi faci paling muda malam itu bersama2 umi, tp syg tiada gambar yg dirakam malam itu kerana kami semua sibuk mungkin terlupa.

keesokan hari faris dan fawwaz pula menuntut untuk mengikuti program, fawwaz menahan kecewa kerana kasut yg ada cuma satu, itu pun kasut umi, tentulah abang yg dapat kuasai keadaan, umi tempatkannya dalam kumpulan abang alif, memandangkan dah kenal dan umi lebih yakin dengan keselamatannya apabila bersama alif.

ni antara gambar2 yg ada muka dia yg dpt dijadikan kenangan.
senaman pagi sebelum memulakan pengembaraan. kelihatan faris sungguh bersemangat ....





inilah aktiviti yang paling ditunggu2 oleh faris. Ada gambar dia pulak tu... tentulah seronok sangat ...ni lah yg buat fawwaz jeles......

semoga menjadi kenangan abadi buat anak2ku...lain tahun kita pergi lagi...

Sunday, November 28, 2010

TAHNIAH FADWAH, FAYYAD , HASNI

SEKALUNG TAHNIAH

Sebenarnya tulisan ini dah lama siap tp tak terpublish atas sebab-sebab teknikal..maklum lah tak mahir kan... namun ku cuba juga agar ia kan menjadi kenangan untuk anak2 nanti...

Tahniah untuk Fadwah, Hasni dan Fayyad yang menghadiri majlis konvokesyen sblm cuti sekolah akhir tahun 2010 tempohari iaitu pada 7 Disember 2010. Majlis diadakan di Kompleks Mawar, Johor Bahru.

Fadwah tampil anggun dengan kebarung merah membacakan ucapan mewakili seluruh pelajar tadika Al-Ummah Johor Bahru. Tahniah Fadwah, semoga berjaya selalu dunia akhirat.
gambar yang diambil tidak begitu baik namun rakaman ucapan fadwah pasti akan sentiasa membuatkan dia tersenyum bangga tentunya.

Ayahnda Khair turut hadir untuk menyampaikan sijil.

Fayad... Oh Comel, beraksi bersungguh-sungguh dalam persembahan itu, Tidak tahan gelihati lihat telatah comelnya, orang ke kanan dia ke kiri, orang pusing dia tak habis lagi menghayun kaki sambil mengira 1...2...3...4... ala comel anak umi.


terima kasih yang tidak terhingga untuk semua cikgu 2 Tadika Al-Ummah 8 Mutiara Rini dan Al-Ummah18 Taman Suria. Semoga jasa cikgu Allah balas dengan kebaikan dunia dan akhirat, amin


Khairul Hasni bersama Teacher Imah....dari Tadika Al=Ummah 18, Fadwah dan Fayyad juga pernah bersekolah di sini....Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain....ingatan tulus ikhlas juga untuk Techer Hidayah, Teacher Fifi , Teacher Hanim, Teacher Zainab, dan lain-lain yg pernah mengajar semua anak-anakku Farhah, Faris, Fawwaz. Fadwah dan Fayyad

Sumber inspirasi...Teacher Fadhillah dan Teacher Zuraidah...jasamu kan kami kenang hingga akhir hayat...Terima Kasih Cikgu....

Tuesday, May 25, 2010

Ragam anak-anak.......

dunia kanak2, semuanya indah, walaupun kena marah, jatuh parit, dan sebagainya ..... rupanya keindahannya terasa apabila menigkat dewasa. Apabila kita dapat merasakan tidak mungkin diulang walau sesaat.

walau sudah ditulis oleh abang zul dalam blognya idea menulis, rasa teruja untuk mencatatkannya sekali lagi betapa indahnya dunia mereka tanpa masalah kewangan, masalah kerjaya, masalah rumahtangga, masalah bos dsbgnya.....

gambar ini dipetik oleh abang zul di taman permainan atuk dan nenek mereka di kg sinaran untuk dikongsi bersama

gaya faris hamdani .....














inilah gaya sepupu faris....zaid

Friday, August 14, 2009

mahalnya sebuah senyuman....

nak senyum susah ke..?

mana lagi susah nak derma RM100 ?

dengan nak buka mulut nak cakap 'assalamualaikum' , yg mana lagi susah.....?

Itulah fenomena budaya kita rakyat melayu Islam yg tak berapa mahir dalam ruh Islamiyah. Derma, mungkin atas kemampuan... nak cakap assalamualaikum... takut orang tak layan , ( bodohlah siapa yg tak layan tu ), tapi nak senyum...... pun susah...... macamana tu ? apa lagi yg boleh kita buat untuk menjalin hubungan seringan mungkin. Daripada senyuman yg ringan tu, mungkin rasa janggal pula kalau tidak menegur, jadi sebaik2 bicara mulakanlah dengan mengucapkan salam, itulah perkataan yang pahala sunatnya lebih besar daripada jawapan yg wajib kerana tidak semua orang untuk memulakan salam. yg jawab tu di terpaksa jawab kerana wajib, betul tak ? fikir2kanlah......

Saturday, May 30, 2009

Selamat Bercuti


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ikhlas buat teman2 seperjuangan, rakan2 guru dan ru an warga sekolah yang menghadapi cuti persekolahan pertengahan tahun 2009. Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang.