Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

APA ERTI SAMBUTAN HARI LAHIR DALAM USIA INI...


terfikir sejenak di fikiran..apa erti sambutan hari lahir.. kalau anak kecil pasti mahu iringan kek yang kita ambil dari warisan jajahan mereka yg tidak berpegang kepada al-Quran. Namun, apa sebenarnya yang kita raikan..dan kalau ikut tahun hijrah kita telah lebih setahun dari usia yg ada.

justeru , apa pula yg kita banggakan dalam hidup...bangga dengan usia tua, atau harta yg ada, ingatlah wahai diri , semakin bertambah usia kita, semakin tua usia dunia..

tertarik dengan kata-kata hikmah yang diambil di sini

Sesudah 40 tahun mengekalkan sifat bakhil, hingga sifat itu sudah menjadi akhlak dan perangainya, bukan senang hendak mendidik hati jadi pemurah.

Sesudah 40 tahun menjadi pemarah dan pembengis, bukan mudah untuk berubah menjadi pengasih dan lemah lembut.

Sesudah 40 tahun berhasad dengki dengan sesama manusia, tentu tidak mudah untuk menjadi orang yang berlapang dada dengan manusia.

Sesudah 40 tahun tidak sabar, tidak redha, maka tentu payah untuk bertukar menjadi seorang yang sabar dan redha dengan Allah.

Sesudah 40 tahun berpenyakit gila puji, gila pangkat, gila dunia, tentulah harapan tipis untuk bertukar menjadi seorang yang zuhud; sudah dekat nak mati masih sebut "harta saya", "kebun saya" dan "wang saya".


walaupun usia belum 40 dan sebenarnya tidak perlu ditakut-takutkan dgn angka apa2 saja, kita tetap dalam pengawasan malaikat Rakib dan Atid yg setia. Itulah amalan kita sebenarnya...cubalah kita semak2 scan2 ramal2kan apa agaknya catatan malaikat berdua tersebut dengan yg realiti kita lalui.. bukankah ihsan itu " kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak dapat melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu.."hidup kita adalah perjalanan ke negeri abadi. jalan tar di atas kek tu tak tau rasanya manis atau pahit. nampak indah ...tapi penuh dengan hikmah, yang melepasi ujian JPJ bolehlah ,memandu di jalan raya, yg gagal .sabarlah , .. kita tidak pernah dihalang untuk mencuba , sepanjang pemanduan kita dipantau oleh pihak Polis dan JPJ itu kehidupan alam nyata, tapi yg tersirat .. polis Allah tidak pernah lalai dalam kerja mereka...



lihatlah muka anak-anak kita. Hari lahir kita tidak segembira mereka menyambut hari lahir mereka, semoga kita banyak panjatkan doa di hari lahir itu agar semua harapan dan doa dimakbulkan Allah. Tugas kita membesarkan anak belum selesai , kita masih berhutang dengan mereka dalam banyak perkara, bimbang sekiranya ada jawapan yg keluar..Umi tak ajar..Ayah tak de cakap pun..atau mungkin...tak ada orang bagitau..

terpukul dengan kata-kata seorang murabbi di sini
anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!

Ya Allah ....ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa suamiku, dosa-dosa ibu bapaku, ampunkan dosa-dosa guru-guruku, ampunkan dosa anak-anak ku... kurniakan lah kami hidayah untuk mencari redaMu..Ya Allah, hanya Kau yang tahu kekurangan kami, hanya Kau yg tahu kekuatan kami, bimbinglah kami ke jalan yg Kau redai, bimbinglah kami agar kami tidak leka dengan dunia kami yg lalai ini.

Wednesday, May 11, 2011

Jangan pisahkan Aku dan Dia...


Assalamu alaikum,

pagi ini terpanggil untuk mencoret di layar ini setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk duduk lama di sini. Namun, hati yg terkesan ini benar2 terpanggil untuk berkongsi beberapa ayat untuk dijadikan renungan.

Musibah yang melanda kami baru2 ini benar2 mengingatkan kami tentang kebesaran Allah. Betapa kami dapat merasakan kekuasaan Allah itu benar dan pasti. Nikmat yang Allah beri selama ini ternyata sebuah pinjaman sebagai medan untuk menguji manusia . Benarlah firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud : (Dialah Allah yg menjadikan kematian dan kehidupan supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia maha perkasa lagi maha Pengampun )

Subhanallah yang tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, kita diuji bukan untuk diseksa, bukan kerana Allah itu zalim, tapi kita diuji untuk dilihat bagaimanakah kita menerima ujian dengan sabar atau pun tidak. Terubat sedikit hati ini bila diuji Allah berpeluang untuk menginsafi diri, terbaca pula status seorang teman, katanya bila sesekali diuji, jangan mudah mengalirkan air mata.. Ya Allah... terpukulnya aku waktu itu. Tak tahu air mata yang mengalir untuk apa. Adakah kerana harta yg hilang atau gembira terpilih oleh Allah dengan ujian itu, atau terharu diuji demikian rupa.

hari ini aku bersyukur, kerana Allah buka jalan untukku cara-cara untuk redha .

Pertama, kembalikan semua perkara kepada Allah. Kata-kata Ayah sangat memberi kesan ketika kami berkumpul ahad 8Mei lalu. sabarlah ..semua perkara telah tertulis di luh mahfuz. Betul ayah.. semua harta kita milik Allah termasuk diri kita sendiri, kalau Allah menariknya semula kita tiada kata-kata lagi hari ini. Ini baru diuji hilang harta dunia. ramai pula yg berkata harta boleh cari lagi. Bukan harta yg kita nak cari, reda dengan ketentuan Ilahi kita kena cari dan daptkan kerana ia terletak jauh di sudut hati bukan semudah melafazkannya.

Kedua, sentiasa menyebut nama Allah, kalau tak solat, tak sebut nama Allah, tak mengaji, dsbg, ubahlah, dal setiap perjalanan kita ke tempat kerja ialah ibadah, tambah lah keindahannya dengan membaca amalan tertentu, teringat satu hadis,
dua perkataan yang ringan di bibir ,berat timbangannya , disukai oleh ar-Rahman iaitu سبحان الله وبحمده , سبحان الله العظيم dan sebenarnya banyk lagi yg kita tahu seperti penghulu istighfar atau apa2 sahajalah yg mengingatkan kita kepada Allah

ketiga, bebaskan diri dari apa orag kata dan penghargaan manusia. terima kasih Dr Muhaya, terima kasih Allah kerana menggerakkan hati ini untuk mencari dan mencari. Jangan kau pesongkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami, dan kurniakan lah kami rahmatMu sesungguhnya Engkau maha pemberi kurnia, ayat 8 surah Ali Imran..

Hidayah itu mesti dicari bukan ditunggu kedatangannya..carilah , kalau tak cari , mana nak jumpa..pencarian terhenti seiring terhenti nafas..

Anda juga belum terlambat seperti saya...

Wassalam

Saturday, February 19, 2011

selamat ulang tahun Fadwah

keseronokan kanak2 masa kini merayakan ulang tahun sangat berbeza dengan masa silam kita. itulah dunia. Bersyukurlah mereka kerana mempunyai ibu bapa yang masih berpeluang menggunakan rezeki yg ada untuk menggembirakan mereka.

kek harijadi, ... antara ranking permintaan paling tinggi dalam sejarah mana2 ulang tahun kelahiran sesiapa sahaja. Fadwah turut tidak ketinggalan.

tarikh 13 Feb lepas, kami raikan kelahiran fadwah yg ke -6. Tetamu jemputan yg hadir ialah jiran kami Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiah serta Hamka dan ibu mereka.


Fayyad turut ketinggalan untuk 'merasa' seronoknya memotong kek hari jadi. (agaknya perasaan bebudak ni nak sambut harijadi setiap hari ya, tak tau apa yg seronok) tak nak ketinggalan juga tangan fawwaz yg turut serta untuk share pisau bersama fadwah.

semoga Fadwah berjaya selalu hadapi dugaan dengan tabah, beriman, bertaqwa, beramal soleh berjaya dunia akhirat...amin

Wednesday, September 29, 2010

Adakah kesalahan telah terampun dengan kata 'maaf'....

Hati ini ingin menulis di sini lantaran teringatkan sebuah cerekarama yang berjudul "Kemaafan yang Tertangguh". Ada beberapa perkara yang terlinas dalam fikiran ini. Dalam memori Syawal lepas, dalam suasana bermaaf-maafan, pernah terfikir di dalam hati ini adakah kita .....

1. mohon maaf dengan highlight perkara tertentu atau random secara pukal tapi masih tertinggal beberapa perkara yg tidak pasti atau dirahsiakan....
2. mohon maaf tapi esok buat lagi perkara yang sama....

3. mohon maaf sekadar di bibir sahaja untuk menyedapkan hati pihak ketiga....
4. meninggalkan insan tertentu walaupun pernah berdosa dengan mereka.....

5. memilih insan tertentu untuk dihubungi kerana terlalu ramai saudara mara.....atau terlalu banyak dosa hingga sukar untuk minta maaf

Memang tidak dapat dinafikan sukar bagi kita untuk minta maaf dengan semua orang, dalam masa yang sama. Kesuntukan masa, ruang dan peluang dengan dosa yang banyak menjadi alasan yg kukuh untuk kita menangguhkan kemaafan. Namun demikian kita diberi peluang walaupun cuma seketika untuk memohon maaf dengan insan tertentu yang telah dipilih oleh Allah. Perlulah diingat sebelum itu, kitalah yang memilih insan tertentu itu. Ibarat pepatah Melayu berkata, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak kelihatan.



ayahanda, ampunkan kesalahan anakanda dari sejak dilahirkan hingga kini, halalkan segala makan dan minum yg telah menjadi darah daging ini......
bonda, kini ku tahu kemanisan dan keperitan gelaran ibu, ampunkan segala salah dan silap diriku ini...andai ada yang mengguris perasaanmu, itulah kelemahanku , ampunkanlah dosa-dosa ku....

masih adakah lagi kemaafan yang tertangguh ....?

Wednesday, November 11, 2009

KAABAH MELAMBAI LAGI

Kaabah melambai lagi,
musim ini aku masih di sini ,
menghitung hari - hari,
hari yang belum pasti tarikhnya untuk ke tanah suci.

Kaabah melambai lagi,
ku sambut lambaianmu,
biarpun jauh aku di sini,
makin ku kira semakin rindu hati ini.
sayu,
pilu,
aku tak pasti perasaan ini,
mampukah aku ke sana?
layakkah aku ?
sudikah kau menunggu kedatanganku...?

Jangan berhenti melambai lagi,
jangan halang aku merinduimu,
kan ku garap segala ilmu,
ku mahu kau tahu janjiku,
lambaianmu kan ku sahut dengan izin Tuhanku.....


johor bahru
24 zulqaidah 1430 / 12 november 2009

Sunday, November 1, 2009

awasi anda bodoh atau pandai sebenarnya......

tanda-tanda kebodohan ada pada diri kita... sekiranya kita mempunyai salah satu daripada tanda berikut :

1. putus asa dan kecewa dengan rahmat Allah.
2. memandang remeh dengan dosa-dosa kecil.
3. panjang angan-angan dan suka kepada pujian.
4. bodoh tetapi tidak menyedari akan kebodohannya.
5. memandang rendah kepada orang lain.
6. bertindak melulu ketika sedang marah, sedangkan marah adalah bara api neraka.
7. ujub, sombong, riak dan buruk sangka kepada orang lain.
8. terlalu cinta dan tamak kepada kehidupan dunia.
9. bersikap bakhil denganharta yang diperolehi.
10. berburuk sangka pada Allah.
11. malas belajar atau menuntu ilmu kecuali ilmu yang menggembirakan hatinya di dunia.

bimbangnya,,,,, semua sifat tersebut pernah ada dalam hati manusia biasa seperti aku.....
itulah rupa-rupanya BODOH yang sebenar atau dengan erti kata lain, ilmu yg ada tidak bermanfaat baginya.

petikan daripada ...
buku Bahaya Bodoh, Abd Rahman Abd Majeed, 2007.

Tuesday, October 20, 2009

apa yg boleh dibangga dalam hidup ini ?

banggakah kita sebagai seorang Islam, tentu kan kerana kita bukan kafir, tapi cukupkah sekadar dengan title ISLAM kita boleh berbangga. ????

bangga dengan duit, duit akan habis....

bangga dengan kereta mewah, lama2 rosak juga....

bangga dengan handphone canggih

bangga dengan nasab dan keturunan, bukan mereka yg akan menyelamatkan kita,......

bangga kah kita dengan anak2 yg bijaksana , tentu kan, tapi kalau mereka tak mampu mendoakan kita selepas kita tiada pun tak guna juga......

apa lagi yg boleh kita banggakan...... baju seluar kasut jam berjenama, isteri cantik,? suami kaya? simpanan puluhan ribu...? geran2 tanah dan rumah ...? deretan rumah sewa.

sarjana muda, PhD, pangkat dan gelaran...? Baggakah kita dengan semua itu....?

dengan persoalan begini..... di manakah kita....?

Bertanyalah dengan diri.... apakah yg kita banggakan....?

Friday, August 7, 2009

menerima anugerah?

Pujian atau celaan ?

siapakah yg paling layak menerima anugerah itu ? macam2 perasaan ada,,,,, kononnya akan menerima Guru Aktif anjuran unit kokurikulum tahun ini. Tiada perasaan gembira tika ini . Apalah erti anugerah tersebut sekiranya hati tidak gembira. Ada beberapa peristiwa sedih yg menggugat perasaan ketika aku mengaktifkan diri semasa melibatkan diri dalam aktiviti yg membawa kepada anugerah esok. semoga Allah mengetahui isi hati ini... Ya Allah bantulah aku...

Thursday, May 28, 2009

hidup mesti diteruskan

perjuangan tidak terhenti di sini....
langkah yang terhenti bukan bererti mati......
perlahanku bukan putus asa....
majuku bukan sembarangan.....
yang pasti,
perjuanganku baru bermula.....

terima kasih buat mereka yang sentiasa di samping yang sering memberi dorongan dan sokongan kepada diri ini. segala budi baik kan ku kenang sepanjang zaman.