malam itu kami dikejutkan dengan berita saudara yg tenat di hospital, susah nya utk menerima kenyataan "tanpa punca penyakit pasti". Tapi itulah yg berlaku Umi Atikah dikejarkan ke hospital kerana didapati tidak sedarkan diri setelah mengalami sakit kepala yg serius.
Umi Atikah ialah anak Cik Shima kami di Pekan Nenas. senyum manisnya masih tergambar di ruang mata. Walaupun kami jarang berjumpa, namun kemesraan yang terhad itu membuatkan kami mudah mengenalinya. Panggilan "umi"nya juga kekadang mengelirukan seisi rumah bila aku juga dipanggil umi oleh anak2ku.
suami mendahului aku ke wad B tingkat 1, HSA malam itu, aku menunggu di rumah sambil mendoakan yg terbaik. Keesokan paginya , aku bergegas ke hospital, saudara2 telah pulang, tinggallah ibunya, abangnya dan beberapa keluarga rapat. Tapi berita yang ku dengar meluluhkan hatiku, bantuan pernafasan yang diberikan tidak mampu melawan kuasa Tuhan. Bapa Umi Atikah dipanggil ke hospital untuk membuat keputusan yg sangat menyayat hati.
Jam menunjukkan pukul 10.45, aku mencari ruang untuk membacakan surah yasin, airmata tidak dpat ditahan-tahan, beginilah rupanya perasaan di saat akan kehilangan orang yang disayangi. Selepas saluran pernafasan dibuka, ibu bapanya mengajar dan memperdengarkan kalimah2 suci, bacaan meter yang terpapar di skrin sudah tidak stabil, garisan panjang2 sudah mula menggantikan graf yg turun naik...Subhanallah .! Ini adalah pengalaman ku yang pertama menghadapi suasana ini. Suasana sungguh sayu saat itu. setiap mata asyik memerhatikan paparan skrin. Tidak dapat ku duga perasaan orang lain ketika itu.
aku seolah2 dalam dunia ku sendiri, hinggalah saat yang paling sedih ialah ketika memberi kucupan terakhir untuk anak saudaraku itu. Itulah hakikat terakhir yg pasti.
al-Fatihah utuk Umi Atikah, semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. amin.
Sesungguhnya aku tidak akan melupakan peristiwa ini sepanjang hayat. Terbayang wajah2 tersayang yang pasti akan meninggalkan kita satu hari nanti, atau adakah kita yang akan pergi dahulu.........
....كل نفس ذائقــة الموت....
setiap jiwa akan merasai kematian....
اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة .. امين
No comments:
Post a Comment