Thursday, May 19, 2011

APA ERTI SAMBUTAN HARI LAHIR DALAM USIA INI...


terfikir sejenak di fikiran..apa erti sambutan hari lahir.. kalau anak kecil pasti mahu iringan kek yang kita ambil dari warisan jajahan mereka yg tidak berpegang kepada al-Quran. Namun, apa sebenarnya yang kita raikan..dan kalau ikut tahun hijrah kita telah lebih setahun dari usia yg ada.

justeru , apa pula yg kita banggakan dalam hidup...bangga dengan usia tua, atau harta yg ada, ingatlah wahai diri , semakin bertambah usia kita, semakin tua usia dunia..

tertarik dengan kata-kata hikmah yang diambil di sini

Sesudah 40 tahun mengekalkan sifat bakhil, hingga sifat itu sudah menjadi akhlak dan perangainya, bukan senang hendak mendidik hati jadi pemurah.

Sesudah 40 tahun menjadi pemarah dan pembengis, bukan mudah untuk berubah menjadi pengasih dan lemah lembut.

Sesudah 40 tahun berhasad dengki dengan sesama manusia, tentu tidak mudah untuk menjadi orang yang berlapang dada dengan manusia.

Sesudah 40 tahun tidak sabar, tidak redha, maka tentu payah untuk bertukar menjadi seorang yang sabar dan redha dengan Allah.

Sesudah 40 tahun berpenyakit gila puji, gila pangkat, gila dunia, tentulah harapan tipis untuk bertukar menjadi seorang yang zuhud; sudah dekat nak mati masih sebut "harta saya", "kebun saya" dan "wang saya".


walaupun usia belum 40 dan sebenarnya tidak perlu ditakut-takutkan dgn angka apa2 saja, kita tetap dalam pengawasan malaikat Rakib dan Atid yg setia. Itulah amalan kita sebenarnya...cubalah kita semak2 scan2 ramal2kan apa agaknya catatan malaikat berdua tersebut dengan yg realiti kita lalui.. bukankah ihsan itu " kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak dapat melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu.."hidup kita adalah perjalanan ke negeri abadi. jalan tar di atas kek tu tak tau rasanya manis atau pahit. nampak indah ...tapi penuh dengan hikmah, yang melepasi ujian JPJ bolehlah ,memandu di jalan raya, yg gagal .sabarlah , .. kita tidak pernah dihalang untuk mencuba , sepanjang pemanduan kita dipantau oleh pihak Polis dan JPJ itu kehidupan alam nyata, tapi yg tersirat .. polis Allah tidak pernah lalai dalam kerja mereka...



lihatlah muka anak-anak kita. Hari lahir kita tidak segembira mereka menyambut hari lahir mereka, semoga kita banyak panjatkan doa di hari lahir itu agar semua harapan dan doa dimakbulkan Allah. Tugas kita membesarkan anak belum selesai , kita masih berhutang dengan mereka dalam banyak perkara, bimbang sekiranya ada jawapan yg keluar..Umi tak ajar..Ayah tak de cakap pun..atau mungkin...tak ada orang bagitau..

terpukul dengan kata-kata seorang murabbi di sini
anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!

Ya Allah ....ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa suamiku, dosa-dosa ibu bapaku, ampunkan dosa-dosa guru-guruku, ampunkan dosa anak-anak ku... kurniakan lah kami hidayah untuk mencari redaMu..Ya Allah, hanya Kau yang tahu kekurangan kami, hanya Kau yg tahu kekuatan kami, bimbinglah kami ke jalan yg Kau redai, bimbinglah kami agar kami tidak leka dengan dunia kami yg lalai ini.

Wednesday, May 11, 2011

Jangan pisahkan Aku dan Dia...


Assalamu alaikum,

pagi ini terpanggil untuk mencoret di layar ini setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk duduk lama di sini. Namun, hati yg terkesan ini benar2 terpanggil untuk berkongsi beberapa ayat untuk dijadikan renungan.

Musibah yang melanda kami baru2 ini benar2 mengingatkan kami tentang kebesaran Allah. Betapa kami dapat merasakan kekuasaan Allah itu benar dan pasti. Nikmat yang Allah beri selama ini ternyata sebuah pinjaman sebagai medan untuk menguji manusia . Benarlah firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud : (Dialah Allah yg menjadikan kematian dan kehidupan supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia maha perkasa lagi maha Pengampun )

Subhanallah yang tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, kita diuji bukan untuk diseksa, bukan kerana Allah itu zalim, tapi kita diuji untuk dilihat bagaimanakah kita menerima ujian dengan sabar atau pun tidak. Terubat sedikit hati ini bila diuji Allah berpeluang untuk menginsafi diri, terbaca pula status seorang teman, katanya bila sesekali diuji, jangan mudah mengalirkan air mata.. Ya Allah... terpukulnya aku waktu itu. Tak tahu air mata yang mengalir untuk apa. Adakah kerana harta yg hilang atau gembira terpilih oleh Allah dengan ujian itu, atau terharu diuji demikian rupa.

hari ini aku bersyukur, kerana Allah buka jalan untukku cara-cara untuk redha .

Pertama, kembalikan semua perkara kepada Allah. Kata-kata Ayah sangat memberi kesan ketika kami berkumpul ahad 8Mei lalu. sabarlah ..semua perkara telah tertulis di luh mahfuz. Betul ayah.. semua harta kita milik Allah termasuk diri kita sendiri, kalau Allah menariknya semula kita tiada kata-kata lagi hari ini. Ini baru diuji hilang harta dunia. ramai pula yg berkata harta boleh cari lagi. Bukan harta yg kita nak cari, reda dengan ketentuan Ilahi kita kena cari dan daptkan kerana ia terletak jauh di sudut hati bukan semudah melafazkannya.

Kedua, sentiasa menyebut nama Allah, kalau tak solat, tak sebut nama Allah, tak mengaji, dsbg, ubahlah, dal setiap perjalanan kita ke tempat kerja ialah ibadah, tambah lah keindahannya dengan membaca amalan tertentu, teringat satu hadis,
dua perkataan yang ringan di bibir ,berat timbangannya , disukai oleh ar-Rahman iaitu سبحان الله وبحمده , سبحان الله العظيم dan sebenarnya banyk lagi yg kita tahu seperti penghulu istighfar atau apa2 sahajalah yg mengingatkan kita kepada Allah

ketiga, bebaskan diri dari apa orag kata dan penghargaan manusia. terima kasih Dr Muhaya, terima kasih Allah kerana menggerakkan hati ini untuk mencari dan mencari. Jangan kau pesongkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami, dan kurniakan lah kami rahmatMu sesungguhnya Engkau maha pemberi kurnia, ayat 8 surah Ali Imran..

Hidayah itu mesti dicari bukan ditunggu kedatangannya..carilah , kalau tak cari , mana nak jumpa..pencarian terhenti seiring terhenti nafas..

Anda juga belum terlambat seperti saya...

Wassalam

Friday, March 18, 2011

Rehlah saidah dan kerja.....2in1

rehlah saidah di Tiram Indah Village sesungguhnya tidak dirancang... Ia dirancang di peringkat di peringkat sekolah namun rupanya rehlah bersama keluarga dirancang oleh Allah..

Suami hantar ke sekolah pagi tu tanpa menduga petang tu pula suami datang meraikan program kami. Terima kasih suami....kerana sudi meraikan program umi anjuran sekolah. Bertugas di bahagian sijil sahaja namun tidak kekok rasanya untuk membantu rakan2 dalam menguruskan pelajar .

Keseronokan yg ku lihat di wajah anak2 ialah apabila mereka dapat berada di ruang yg bukan biasa dgn mereka, kawasan yg luas utk berlari, kawasan yg baru untuk diterokai, yg tentunya tidak terdapat di mutiara rini...

acara malam, farhah dan fadwah dapat ikut, ternyata fadwah menjadi faci paling muda malam itu bersama2 umi, tp syg tiada gambar yg dirakam malam itu kerana kami semua sibuk mungkin terlupa.

keesokan hari faris dan fawwaz pula menuntut untuk mengikuti program, fawwaz menahan kecewa kerana kasut yg ada cuma satu, itu pun kasut umi, tentulah abang yg dapat kuasai keadaan, umi tempatkannya dalam kumpulan abang alif, memandangkan dah kenal dan umi lebih yakin dengan keselamatannya apabila bersama alif.

ni antara gambar2 yg ada muka dia yg dpt dijadikan kenangan.
senaman pagi sebelum memulakan pengembaraan. kelihatan faris sungguh bersemangat ....





inilah aktiviti yang paling ditunggu2 oleh faris. Ada gambar dia pulak tu... tentulah seronok sangat ...ni lah yg buat fawwaz jeles......

semoga menjadi kenangan abadi buat anak2ku...lain tahun kita pergi lagi...

Saturday, February 19, 2011

selamat ulang tahun Fadwah

keseronokan kanak2 masa kini merayakan ulang tahun sangat berbeza dengan masa silam kita. itulah dunia. Bersyukurlah mereka kerana mempunyai ibu bapa yang masih berpeluang menggunakan rezeki yg ada untuk menggembirakan mereka.

kek harijadi, ... antara ranking permintaan paling tinggi dalam sejarah mana2 ulang tahun kelahiran sesiapa sahaja. Fadwah turut tidak ketinggalan.

tarikh 13 Feb lepas, kami raikan kelahiran fadwah yg ke -6. Tetamu jemputan yg hadir ialah jiran kami Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiah serta Hamka dan ibu mereka.


Fayyad turut ketinggalan untuk 'merasa' seronoknya memotong kek hari jadi. (agaknya perasaan bebudak ni nak sambut harijadi setiap hari ya, tak tau apa yg seronok) tak nak ketinggalan juga tangan fawwaz yg turut serta untuk share pisau bersama fadwah.

semoga Fadwah berjaya selalu hadapi dugaan dengan tabah, beriman, bertaqwa, beramal soleh berjaya dunia akhirat...amin

Saturday, January 22, 2011

sebuah kematian

malam itu kami dikejutkan dengan berita saudara yg tenat di hospital, susah nya utk menerima kenyataan "tanpa punca penyakit pasti". Tapi itulah yg berlaku Umi Atikah dikejarkan ke hospital kerana didapati tidak sedarkan diri setelah mengalami sakit kepala yg serius.

Umi Atikah ialah anak Cik Shima kami di Pekan Nenas. senyum manisnya masih tergambar di ruang mata. Walaupun kami jarang berjumpa, namun kemesraan yang terhad itu membuatkan kami mudah mengenalinya. Panggilan "umi"nya juga kekadang mengelirukan seisi rumah bila aku juga dipanggil umi oleh anak2ku.

suami mendahului aku ke wad B tingkat 1, HSA malam itu, aku menunggu di rumah sambil mendoakan yg terbaik. Keesokan paginya , aku bergegas ke hospital, saudara2 telah pulang, tinggallah ibunya, abangnya dan beberapa keluarga rapat. Tapi berita yang ku dengar meluluhkan hatiku, bantuan pernafasan yang diberikan tidak mampu melawan kuasa Tuhan. Bapa Umi Atikah dipanggil ke hospital untuk membuat keputusan yg sangat menyayat hati.

Jam menunjukkan pukul 10.45, aku mencari ruang untuk membacakan surah yasin, airmata tidak dpat ditahan-tahan, beginilah rupanya perasaan di saat akan kehilangan orang yang disayangi. Selepas saluran pernafasan dibuka, ibu bapanya mengajar dan memperdengarkan kalimah2 suci, bacaan meter yang terpapar di skrin sudah tidak stabil, garisan panjang2 sudah mula menggantikan graf yg turun naik...Subhanallah .! Ini adalah pengalaman ku yang pertama menghadapi suasana ini. Suasana sungguh sayu saat itu. setiap mata asyik memerhatikan paparan skrin. Tidak dapat ku duga perasaan orang lain ketika itu.

aku seolah2 dalam dunia ku sendiri, hinggalah saat yang paling sedih ialah ketika memberi kucupan terakhir untuk anak saudaraku itu. Itulah hakikat terakhir yg pasti.

al-Fatihah utuk Umi Atikah, semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. amin.

Sesungguhnya aku tidak akan melupakan peristiwa ini sepanjang hayat. Terbayang wajah2 tersayang yang pasti akan meninggalkan kita satu hari nanti, atau adakah kita yang akan pergi dahulu.........

....كل نفس ذائقــة الموت....
setiap jiwa akan merasai kematian....

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة .. امين

Sunday, November 28, 2010

TAHNIAH FADWAH, FAYYAD , HASNI

SEKALUNG TAHNIAH

Sebenarnya tulisan ini dah lama siap tp tak terpublish atas sebab-sebab teknikal..maklum lah tak mahir kan... namun ku cuba juga agar ia kan menjadi kenangan untuk anak2 nanti...

Tahniah untuk Fadwah, Hasni dan Fayyad yang menghadiri majlis konvokesyen sblm cuti sekolah akhir tahun 2010 tempohari iaitu pada 7 Disember 2010. Majlis diadakan di Kompleks Mawar, Johor Bahru.

Fadwah tampil anggun dengan kebarung merah membacakan ucapan mewakili seluruh pelajar tadika Al-Ummah Johor Bahru. Tahniah Fadwah, semoga berjaya selalu dunia akhirat.
gambar yang diambil tidak begitu baik namun rakaman ucapan fadwah pasti akan sentiasa membuatkan dia tersenyum bangga tentunya.

Ayahnda Khair turut hadir untuk menyampaikan sijil.

Fayad... Oh Comel, beraksi bersungguh-sungguh dalam persembahan itu, Tidak tahan gelihati lihat telatah comelnya, orang ke kanan dia ke kiri, orang pusing dia tak habis lagi menghayun kaki sambil mengira 1...2...3...4... ala comel anak umi.


terima kasih yang tidak terhingga untuk semua cikgu 2 Tadika Al-Ummah 8 Mutiara Rini dan Al-Ummah18 Taman Suria. Semoga jasa cikgu Allah balas dengan kebaikan dunia dan akhirat, amin


Khairul Hasni bersama Teacher Imah....dari Tadika Al=Ummah 18, Fadwah dan Fayyad juga pernah bersekolah di sini....Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain....ingatan tulus ikhlas juga untuk Techer Hidayah, Teacher Fifi , Teacher Hanim, Teacher Zainab, dan lain-lain yg pernah mengajar semua anak-anakku Farhah, Faris, Fawwaz. Fadwah dan Fayyad

Sumber inspirasi...Teacher Fadhillah dan Teacher Zuraidah...jasamu kan kami kenang hingga akhir hayat...Terima Kasih Cikgu....

Friday, November 12, 2010

YA ALLAH, SEMBUHKAN ANAKKU...

Baru2 ini ke segamat, beli ubat utk farhah, terima kasih kepada abg noh dan kak yan yg memperkenalkan nama Dr.Se , seorang pakar perubatan traditional yang beroperasi di rumah sepenuh masa

Kami tiba di segamat pagi itu jam 10 pagi. Terpusing-pusing mencari Taman Abdullah, baiknya beliau menjemput kami di suatu tempat. Kami dibawa ke rumahnya di Taman Abdullah. Ketika kami sampai, ada dua keluarga datang yg mengalami masalah sama sepeti farhah. Kami diajak duduk di kerusi menggantikan tempat mereka yg datang lebih awal.

Dr.Se terus memulakan syarahannya yg cukup hebat. Belum pernah aku jumpa doktor yang memberikan penerangan lengkap sebelum sempat aku mengajukan soalan. Itu baru permulaan... Kami difahamkan bahawa VITILIGO bukan penyakit berbahaya, tidak berjangkit, dan tidak diwarisi secara langsung. Tapi perlu ingat 60% ia datang dari genettik yg tidak dpt ditentukan dari mana datangnya.


Ia juga bukan sakit baru , malah telah banyak kelihatan di mana-mana, tidak mengenal usia dan bangsa. Selepas berpunca dari genetik, ia mengakibatkan hati yang mengalami alergi. Sistem hati yg terganggu dengan punca genetik yg diterimanya mengakibatkan manusia seperti Farhah akan alergi dengan makanan tertentu. Yang paling utama ialah protein yang datang dari kekacang. Maka Farhah dilarang mengambil semua jenis kekacanag, bijirin mahupun sayuran dan keturunannya. Mmmm ... sesuatu yang sangat baru untuk kami. Setakat ini kami tidak pernah dengar larangan ini dari mana-mana doktor yang kami temui.


Selain kacang, berikut ialah perkara yang Farhah mesti jauhi...

  1. telur.
  2. ayam daging(yang nyata menerima suntikan), ayam kampung yg dibuang kulit sahaja yg boleh dimakan
  3. durian
  4. air laut
  5. air panas semulajadi spt di kolam2 air2 panas, atau sauna
  6. kawasan tinggi labih dari 3000 kaki dari aras laut, kerana ia memberi tekanan kepada hati
  7. sabun , syampu yang biasa.. boleh guna produk baby sahaja yang mempunyai ph rendah
  8. elakkan marah dan stress, kerana ia mampu meningkatkan penularan lebih banyak

berikut pula ialah perkara yang mesti diambil dan galakan yang lebih...

  1. minum air msak lebih , lebih dari 1.5 sehari tapi tidak lebih 3 liter.
  2. minum air rebusan pandan tanpa gula, jadikan amalan untuk seisi keluarga untuk dapat manfaat bersama
  3. tidur sebelum 11 malam, dan bangun awal, kerana itulah waktu bagi hati untuk berehat
  4. sentiasa happy supaya lebih positif dan membina keyakinan diri
  5. penyapuan ubat yang diberi dengan konsisten

(mengutamakan bahagian muka untuk membina keyakinan)

selain dari itu ada sesuatu yg jauh lebih menarik . Kaum Cina memang terkenal dengan perubatan akupunture kan. Kali ini kami berpeluang menyaksikan sendiri di depan mata. Pernah bertahun dulu masa hantar mak lakukan perubatan itu ketika mengandungkan sadah, tapi dah terlalu lama.

Tempohari Dr.Se mencari dua titik , satu di tengkok dan satu di bahagian pinggang belakng. Dua tempat itu dipanaskan dengan api hingga ada rasa panas. Sempat aku bertanyakan kepadanya, apakah dua titik itu. Jawapannya sgt menarik "Life and Dead Point". Dua titik ini tidak boleh trkena jarum akupuntur. Jadi tujuan memanaskan titik tersebut. Katanya dia cuba untuk mematikan sel vitiligo supaya tidak menular lebih jauh dari sedia ada. Subhanallah....... hampir menitik air mataku.... Adakah ini takdir ubat yang ku temui untuk Farhah.

Ya Allah , semoga penantian ini berkhir dengan mudah. Segalanya kini atas Farhah untuk meneruskan perubatan tersebut dgn baik. Selain dari bebelan umi yg tak jemu-jemu menjerit setiap hari , dia sendiri kena kuat untuk usahakan yg terbaik di mana pulangannya untuk dirinya sendiri.

Semoga Allah mudahkan segala urusan yang kami lalui, Ya Allah dengarlah doa hambaMu ini.... Amin....