Monday, August 26, 2013

Bergabung Menentang Kejahatan

Ilusi ku pagi ini membayangkan semua superhero bergabung menentang keganasan di Syria, Palastine, dan Mesir.....



ajak lah ramai lg...Ben 10, Ultraman dan angkatannya, siapa lagi..Hulk, dan lain-lain.

            

secara gambaran ia hanya ilusi tapi secar ma'nawi....kekuatan Islam di mana....

AQIDAH mesti dipertahankan hingg ke titisan darah yg terakhir..
 

Sunday, August 4, 2013

Rehlah Tarawih

 


Terima kasih kepada suami tersayang yg membawa kami ke tempat kegemarannya sempena Ramadan.

Petang itu kami berbuka sekeluarga di AlMizan Sate House bersama ex-student Madrasah Al-Quran Waddin batch 2003. walaupun tak ramai tapi Alhamdulillah , masing- masing dah Berjaya dengan haluan masing. Terim kasih Allah atas pertemuan ini.. terima kasih Fiza, Nazihah, Ame Husna, Herman, Miftahul huda, rakan lama Norsilawati dan Suhaimi, terima kasih juga tuan kedai Syarif...walaupun tidak dapat berbuka bersama kami, namun kami percaya kemesraan itu masih menebal.
 
 
Perjalanan diteruskan denga solat maghrib dan misi tarawih ke Masjid Pelangi.
 
 
 
Inilah gambar masjid pada waktu siang..

Alhamdulillah kami sampai tepat pada waktunya, baru saja nak solat Isya'. Menurut suami, imam yang mengetuai jamah itu mempunyai kepelbagaian suara dan lagu. Tumpuan saya cuma satu, saya ingin berjamaah di masjid, setelah sekian lama berjamaah  dengan anak2 di rumah sahaja.

Semoga rehlah ini akan meninggalkan kenangan manis buat anak2ku.


 
 
 
 

 

Thursday, July 25, 2013

kasih ibu ....sejati, kasih ayah.....abadi...

 


Ramadan berada di fasa kedua. Ada yg sedang bergembira, ada yg sedang berduka dengan pelbagai alasan, sama ada yg mendatang ataupun yg dicipta.




Semoga ayah dikurniakan kesihatan yg baik, ..Insan yg paling istimewa dalam hidup keluarga kami, mungkin kami tak dapat sediakan banglo mewah, tapi rumah ayah mak itu lah syurga buat kami......
 
 
 
 


 
 
 

 


Sunday, July 14, 2013

Kenali Kaffarah, Bala' dan Ibtila'..


1.Kafarah
Musibah ini berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.
Musibah ini diturunkan berfungsi sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran.

Ditimpa semasa didunia oleh Allah swt sebagai balasan kesalahannya bagi melepaskan dia daripada dibalas di akhirat.
Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat

"dan KAMI timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar" (surah al-zukhruf 43:48)

2.Bala
Suatu bentuk ujian yang dikenakan kepada orang jahat yang melakukan kejahatan.Musibah ini sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat.
Seksaan pertama semasa di dunia manakala seksaan kedua semasa di akhirat.

Contoh:umat Nabi Nuh yang ditenggelami banjir begitu juga dengan Firaun dan lain-lain contoh.
"dan jika mereka berpaling,nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat" (surah at-taubah 9:74)

3.Ibtila'
Musibah yang dikenakan kepada orang baik ketika melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA yang taat.
Dengan ibtila' seseorang hamba itu akan mendapat ganjaran yang berganda dan ditinggikan darjatnya disisi Allah.
Dengan musibah,mereka memperoleh pahala syahid,pahala sabar,pahala redha dan lain-lain.

Contoh:ditimpakan ke atas Para Rasul Ulul Azmi,siddiqin,syuhada' dan solehin.

"berapa banyak golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai,dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar" (surah al-baqarah 2:249) maklumat lanjut boleh baca di sini
Dengan kata lain...

Kaffarah adalah balasan terhdap dosa-dosa yang lepas dan untuk menyucikannya. Ini kerana, Allah sayangkan si dia yang sedang diuji dengan membersihkan dosa-dosa. dengan syarat..SABAR, TIDAK MENGELUH, TIDAK MENGADU KPD MANUSIA...
Bala pula diberi kepada hambanya yang membuat dosa dan dijadikan untuk peringatan,
nauzubillah...
manakala ibtila pula ialah ujian yang diberikan daripada Allah kepada hambaNya membuat kebaikan
, dan dalam masa yang sama, Allah mengurniakan si hamba yang dipilihnya untuk menguatkan lagi hambaNya.

Seandaianya kita betul beriman kepada Allah, pergantungan kita hanya pada Allah, yakin bahawa tidak ada musibah yang diberi oleh Allah melainkan dengan izinNya, Allah akan mengurniakan si hamba ini perasaan tenang dalam keadaan tepandu untuk menghadapi ujian dan dugaan yang dilalui. (rujuk surah al Taghabun: 11).


Tuesday, April 16, 2013

KITA SEDANG DIUJI.....SABARLAH








TIADA HARI YG AKAN BERLALU TANPA BADAI....

ITULAH JANJI TUHAN
KEPADA MANUSIA YG BERIMAN
 DALAM MENYUSURI SEBUAH PERJALANAN
MENITI JAMBATAN KESETIAAN
MELEWATI ONAK DAN RANJAU KEHIDUPAN
MENCARI ERTI KEBAHAGIAAN

DALAM SEPI KERESAHAN
KEMBALILAH KEPADA TUHAN
HANYA DIA YG MEMBERIKAN KETENANGAN
MENGEMBALIKAN SINAR YG DIIMPIKAN

JEJAK-JEJAK BAHAGIA ITU SEMAKIN HAMPIR...
BANGKITLAH..
BAHAGIA ITU ADA DALAM HATI...
CARILAH IA, HARGAILAH,
BUKAN MANUSIA  YG MEMBAHAGIAKAN KITA
TAPI ALLAH.....
BUKAN MANUSIA JUGA YG MENYAKITI KITA...
TUKARLAH...
KITA SEDANG DIUJI OLEHNYA....

BADAI HANYA SEKETIKA...
BUKAN UNTUK SELAMANYA..






ya Allah
kurniakan kami keampunan…

kami hanya hamba penuh kedaifan,
di sepanjang jalan raya kehidupan,
mengharap belas kasihMu Tuhan,
dorongkan kami sentiasa dalam iman,
walau tika ditimpa sekecil zarah ujian.

Lindungi kami dari beRAJAkan perasaan,
yang hanya mencampakkan kami ke neraka jahanam,


Duhai Tuhan,
Tatkala Engkau beri kesedaran,
akan kesilapan yang dilakukan,
maka pinjamkanlah kami segunung kekuatan,
tuk meninggalkan perkara kemungkaran.

Ya Tuhan,
usah bolak-balikkan,
hati kami yang sering ‘kesakitan’,
dalam menepis segala hasutan,
izinkan kami kembali ke pangkal jalan,
dalam pimpinan menuju keredhaan,
demi mendiami raudhah impian,
bersama insan-insan tersayang.