1.Kafarah
Musibah ini berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.
Musibah ini diturunkan berfungsi sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran.
Ditimpa semasa didunia oleh Allah swt sebagai balasan kesalahannya bagi melepaskan dia daripada dibalas di akhirat.
Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat
"dan KAMI timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar" (surah al-zukhruf 43:48)
2.Bala
Suatu bentuk ujian yang dikenakan kepada orang jahat yang melakukan kejahatan.Musibah ini sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat.
Seksaan pertama semasa di dunia manakala seksaan kedua semasa di akhirat.
Contoh:umat Nabi Nuh yang ditenggelami banjir begitu juga dengan Firaun dan lain-lain contoh.
"dan jika mereka berpaling,nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat" (surah at-taubah 9:74)
3.Ibtila'
Musibah yang dikenakan kepada orang baik ketika melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA yang taat.
Dengan ibtila' seseorang hamba itu akan mendapat ganjaran yang berganda dan ditinggikan darjatnya disisi Allah.
Dengan musibah,mereka memperoleh pahala syahid,pahala sabar,pahala redha dan lain-lain.
Contoh:ditimpakan ke atas Para Rasul Ulul Azmi,siddiqin,syuhada' dan solehin.
"berapa banyak golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai,dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar" (surah al-baqarah 2:249) maklumat lanjut boleh baca di sini
Dengan kata lain...
Kaffarah adalah balasan terhdap dosa-dosa yang lepas dan untuk menyucikannya. Ini kerana, Allah sayangkan si dia yang sedang diuji dengan membersihkan dosa-dosa. dengan syarat..SABAR, TIDAK MENGELUH, TIDAK MENGADU KPD MANUSIA...
Bala pula diberi kepada hambanya yang membuat dosa dan dijadikan untuk peringatan,
nauzubillah...
manakala ibtila pula ialah ujian yang diberikan daripada Allah kepada hambaNya membuat kebaikan
, dan dalam masa yang sama, Allah mengurniakan si hamba yang dipilihnya untuk menguatkan lagi hambaNya.
Seandaianya kita betul beriman kepada Allah, pergantungan kita hanya pada Allah, yakin bahawa tidak ada musibah yang diberi oleh Allah melainkan dengan izinNya, Allah akan mengurniakan si hamba ini perasaan tenang dalam keadaan tepandu untuk menghadapi ujian dan dugaan yang dilalui. (rujuk surah al Taghabun: 11).
No comments:
Post a Comment