Friday, January 31, 2014

Luasnya bumi Allah....kerdilnya kita..

Alhamdulillah..kami telah berpeluang menikmati keindahan alam di Kepulauan Riau baru-baru ini.

Terdapat beberapa perkara yang saya dan suami fokuskan kepada anak-anak..
1) Allah maha pencipta, berkuasa dan maha bijaksana
2) Bumi Allah sangat luas
3) Ilmu Allah juga sangat tinggi dan mutlak
4) Manusia sangat lemah, ada orang lain yang lebih pandai dari kita
5) Kita belum cukup bijak untuk berada di atas ilmu org lain.., contoh..ilmu nelayan, ilmu perburuan, ilmu membina kapal yang sangat asing buat kita, ternyata kita hamba yg lemah,
6) Masyarakat di sana terutama yg tinggal di daerah terpencil di Kepulauan sangat berbudi bahasa, menghormati tetamu, tidak sombong...dan banyak lagi nilai murni yang terpamer..
7) berada di lautan yag terbentang luas......jelas kita sangat sangat sangat kerdil...
8) kami kagum dengan usaha gigih penaung Maahad Tahfiz at-Tohiriyah yang berjihad mengagungkan al-Quran , ternyata keunggulan al-Quran adalah rahmatan lil 'alamin...
9) Allah maha membantu setiap hamba yang meletakkan keyakinan yang tinggi ke atas kekuasaan Nya
10) Makanan 'alami....Allah kurniakan rezeki di setiap inci bumi......dari setiap penjuru yg tiada berpenghujung..
11) belajarlah menghormati, menghargai, mengasihi, menyayangi, menginsafi, dan bertafakkur memikirkan kekuasaan Allah dalam setiap kejadian dan ciptaan Nya....

terlalu banyak yg nak ditulis....harap-harap semua anak mengambil iktibar dari perjalanan tersebut....terima kasih Allah atas kurniaan kasih syg yg terindah ini dalam kelapangan masa yg diizinkanNya....

hari pertama = Pasir Gudang Ferry Terminal  - Batam - Batam Megamall - Mas Agung - Hotel Goodway


 Terminal Feri Pasir Gudang

Feri Pasir Gudang-Batam

makan tengahari bersama mas Agung..

aneka cenderamata di Batam Centre MegaMall.

cari2 cenderamata ringan2 bersama anak2....
umi cuba tulis sendiri ....
mandi manda di hotel...
jalan2 ke Nagoya Mall..dgn kawan2


hari kedua =
Hotel Goodway - Pelabuhan Sekupang - Kepulauan Moro, KEPRI, - Hotel - rumah laut Ust Jeff - lapangan(ceramah ust Maulana) -

Saya sangat teruja dengan warong2 ini, selalu tengok dalam sinetron sahaja, kali ini benar2......ori.




beli sarapan utk anak2 yg msh baring2 di dalam bilik hotel



Fayyad Humaidi......si kecil kami.....dah sampai Batam.....wah.......
petang tu kami sampai moro, naik feri dari sekupang, teruja dengan keidahan alam terbenang luas..









pulau pauh



 pulau kasu
 pulau sugieh..

malamnya kebetulan ada ceramah ustaz maulana di lapangan Moro...
bergambar dulu di rumah ibu Rina..

 program ceramah ustaz Maulana...

hari ketiga = berpeluang bersama Ustaz Jeff menjejak bumi Ilahi ....
ke rumah laut miliknya...
semua bersemangat....


rumah laut milik keluarga ust jeff...pandangan dr hdpn




milik ust jeff....si kaki pancing....





tandas yg menimbulkan kontroversi kepada anak2ku.....



bergerak pulang semula ....



hotel tempat kami menginap semalam....pandangan dari laut...

selamat sampai....alhmdulillah...bestnya...
malamnya....kami berpeluang melawat Maahad Tahfiz yang diuruskan oleh Ust Jeff..

















hari keempat =  jalan sekitar Moro dan pulau berdekatan....
waktu bertolak ..7.30 pagi, bersama kami..mas Agung dan A'a juga...



Pasir Todak, kawasan membuat bot dan kapal yg terkenal di Kepulauan Riau..


















pulau Selat Mie
kami amat terhutang budi dengan Ustz Jeff dan keluarga Bapak Ramlan dengan hidangan yang amat menyelerakan, yang paling teruja sekali ....: siput gonggong














ha  ha...ini lah siput gonggong...yg tgh tu.........berselera anak2 umi makan....umi mampu tgk je....

dapur ori.....

ust jeff dan tuan rumah yg menjamu kami (kanan)....jazakumullah khairal jaza'....


kayu api ...kayu bakau.....semua ori di sini....

 masa untuk pulang....,,penurunan yg sgt mencabar...



hati-hati fyd.....

hati-hati wa......
 Selamat tinggal....terima kasih ....jumpa lagi......

hari kelima.=  berjalan pulang....sayonara.....
kami akan datang lagi
ini kawan fayad....Fahmi..

ini Nana.....

Nana ke sekolah dulu....bertemu lagi....



feri di Moro....untuk pulang ke Sekupang....Batam





adik Ustaz Jeff yang bongsu...Tauhid.......

dari dalam feri.....oleh jurufoto amatur.......

 tiba di sekupang...




 perjalanan pulang ke Batam....banyak yg kami kongsikan....
























 dah sampai......

 rifleksi....
antara tiket yang diguna pakai.....



tak dapat bawa siput gonggong yg hidup, bawa kenangan je pun jadi lah........
sungguh indah ciptaan Tuhan,
jauh perjalanan luas pemandangan
i'tibar yang baik jangan dilupakan
hindari sengketa bahagia kita harapkan....

Friday, November 22, 2013

KENANGAN BELAJAR SOLAT

Kemas-kemas rumah mak semalam terjumpa satu buku lama yang menjadi kenang-kenangan semasa kecil. Ia adalah sebuah buku. Buku ini bukan sebarang buku. Ia mendapat tempat di hati ramai ibu bapa kerana jasanya yang cukup banyak daam pendidikan solat anak-anak. Dan yang lebih istimewa ia adalah hasil nenda kami Allahyarham Nenda Ahmad Sonhadji bin Muhammad.

Terdapat dua versi Lelaki dan Perempuan.



Satu masa dulu, buku ni sangat glamour, kerana ia panduan lengkap masa itu yang jelas,mudah, bergambar, dan lengkap dengan maksud. Bagi adinda Saadah Khair ia menjadi lebih istimewa apabila ayah mencetaknya untuk dihadiahkan kepada tetamu sahabat handai pada hari perkahwinannya.

Ternyata perkongsian ilmu itu sangat bermanfaat dan dituntut oleh junjungan baginda Rasulullah saw. Justeru.. saya kongsikannya untuk anak2 yg rajin belajar melalui internet di blog Pendidikan Islam SMK Kempas untuk dikongsi bersama.

Saturday, November 16, 2013

Resepi baru ikan keli ayah

Kali ini ayah tukar selera. Selalunya ..hanya keli masak pecel sahaja permintaan ayah..., namun sejak perbualan dengan seorang rakan yg memperkenalkannya dengan resepi baru tersebut, hanya itu sahajalah permintaannya kini.

Dan ayah perlukan seorang tukang potong yang mahir. Untuk menggoreng tak susah, tepung sedia bancuh dah ada, janji minyak panas, gorenglah ia....

Jom kita tengok....hasil tangan mak untuk ayah tersayang..
mula-mula bersihkan ikan keli,
kemudian potong nipis-nipis, proses ini memerlukan kemahiran tinggi..
bancuh tepung, nak senang ,gunakan tepung segera yang siap dibancuh dengan rempah..

kemudian goreng dalam minyak panas......., hingga kekuningan

angkat dan tos, nak lebih sedap lagi cecah lah dengan apa-apa yang diinginkan , pastikan makan ketika panas......

inilah resepi baru ikan keli ayah yang terhebat dari taman gembira..."nugget keli " kata cucu-cucu nenek...

SELAMAT MENCUBA.....




Friday, October 25, 2013

..semoga Allah lindungi mereka yang saya sayang..

kalau kau terhiris...aku terluka..parah

kalau kau suka..aku tumpang gembira..

kalau aku tercipta untuknya..lindungilah kami dalam rahmat kasih sayang Mu..

kalau aku bukan yg terbaik untuknya..temukanlah dia dgn insan istimewa yg mampu membahagiakannya..

kalau kau tersilap..kembalilah ke pangkal jalan

kalau aku salah..maafkanlah aku..

Tuhanku...terimalah taubat kami yg banyak  kesilapan ini..

agar kami redha dgn ketentuan ini,
tabah dengan ujianMu,
tidak putus mengharap rahmatMu,
tidak hilang rindukan syurgaMu,
masih kekal takut dengan azabMu,
terus bertanggungjawab memikul amanah2Mu,
melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ke arah kebaikan di jalanMu..


Friday, September 6, 2013

Bismillah ku mula bicara......



ya Allah, ampunkan dosa2ku...
segala yg zahir dan yg batin, yg aku sedari ataupun tidak,
ya Allah, mohon lapangkan segala kesulitan,
luaskan rezeki untuk anak2ku, 
ya Allah ,
ampunkan dosa2 suamiku, 
kurniakan segala rahmat dan hidayah ,
bimbinglah dia dalam segenap urusan,
terutamanya sebagai suami soleh penunjuk jalan kpd kami semua,
ya Allah,
ampunkan dosa anak2ku,
sesungguhnya mereka anak2 comel yg tidak berdosa,
bimbinglah mereka ke jalan yg Kau redai,
di ruang2 kekurangan kami membimbing mereka,
mohon ya Allah,
kuatkanlah iman mereka, jadikan lah mereka hamba yg bertaqwa,
peliharalah solat mereka andai aku atau mereka terleka,
jangan Kau hukum mereka kerana kesilapan kami,
kurniakanlah mereka ilmu yg bermanfaat,
kurniakanlah mereka rakan2 yg baik,
hiasilah mereka dgn akhlak mulia,
mohon bantu mereka dalam usaha mengikis akhlak mzmumah,
masukkanlah mereka dalam sebaik2 ummah,
ya Allah, 
ampunkan dosa2 ayah bondaku,
mereka insan terbaik yang mencorakkan kehidupanku kini,
kurniakanlah mereka ribuan ganjaran kebaikan atas kebaikan mereka mendidikku,
kurniakanlah mereka kesihatan yg baik,
agar mereka dapat melaksanakan ibadah sempurna di hari tua ini,
ya Allah,
ampunkan dosa2 abang dan adik,adik,adikku
merekalah teman terbaik sepanjang kehidupanku,
bimbinglah mereka andai tersilap dalam tindakan,
terkasar dalam ucapan,agar mereka terus berada dalam kebaikan sepanjang hayat,
bahagia dunia akhirat,
ya Allah,
ampunkan dosa2 sahabat2ku....
tak kira di mana mereka berada, segenap lapisan usia,
sama ada semasa kecil , semasa belajar atau yang dikenali setelah aku bekerja,
ya Allah,
lapangkan urusan kami semua,
bimbinglah kami mencari redaMu,
pimpinlah kami mendapatkan kasih sayangMu,
tunaikanlah hajat kami mencari hidayahMu,
dengarlah doa kami untuk menempatkan diri dalam syurgaMu,
pandanglah kami dengan rahmatMu,
jauhkan kami dari kemarahanMu,
hindarkan kami dari azabMu,

amin ya rabbal 'alamin......

Monday, August 26, 2013

Bergabung Menentang Kejahatan

Ilusi ku pagi ini membayangkan semua superhero bergabung menentang keganasan di Syria, Palastine, dan Mesir.....



ajak lah ramai lg...Ben 10, Ultraman dan angkatannya, siapa lagi..Hulk, dan lain-lain.

            

secara gambaran ia hanya ilusi tapi secar ma'nawi....kekuatan Islam di mana....

AQIDAH mesti dipertahankan hingg ke titisan darah yg terakhir..
 

Sunday, August 4, 2013

Rehlah Tarawih

 


Terima kasih kepada suami tersayang yg membawa kami ke tempat kegemarannya sempena Ramadan.

Petang itu kami berbuka sekeluarga di AlMizan Sate House bersama ex-student Madrasah Al-Quran Waddin batch 2003. walaupun tak ramai tapi Alhamdulillah , masing- masing dah Berjaya dengan haluan masing. Terim kasih Allah atas pertemuan ini.. terima kasih Fiza, Nazihah, Ame Husna, Herman, Miftahul huda, rakan lama Norsilawati dan Suhaimi, terima kasih juga tuan kedai Syarif...walaupun tidak dapat berbuka bersama kami, namun kami percaya kemesraan itu masih menebal.
 
 
Perjalanan diteruskan denga solat maghrib dan misi tarawih ke Masjid Pelangi.
 
 
 
Inilah gambar masjid pada waktu siang..

Alhamdulillah kami sampai tepat pada waktunya, baru saja nak solat Isya'. Menurut suami, imam yang mengetuai jamah itu mempunyai kepelbagaian suara dan lagu. Tumpuan saya cuma satu, saya ingin berjamaah di masjid, setelah sekian lama berjamaah  dengan anak2 di rumah sahaja.

Semoga rehlah ini akan meninggalkan kenangan manis buat anak2ku.