Tuesday, March 26, 2013

Ayah dan penulisan

Ayah saya minat menulis dan membaca. 99 peratus buku di rumah ayah yang beli. Ayah membaca di mna sahaja, Di rumah , di dapur, di katil, di hospital, dalam kereta, di bank, atau di mana sahaja ruang yg ada. Selain membaca ayah juga menulis. Tulisan ayah pernah masuk akhbar utusan tahun 60an dulu, juga majalah Warta.
 Saya ingin kongsikan bagaimana ayah saya mempunyai idea menyatukan kami dengan menghasilkan buku keluarga ini.


Inilah buku catatan  untuk keluarga khusus untuk adik beradik saya tulisan ayah, yang memuatkan pelbagai nasihat dan sejarah yang akan menjadi kenangan abadi .


 Buku kecil ini dirasmikan pelancarannya di perkarangan masjid Shah Alam pada tahun 1993 sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 25. Kebetulan saya balik bercuti tahun itu. Ukhti Nursaadah terpilih untuk membacakannya kemudian bergilir-gilir dengan yang lain pula.

Antara nasihat yang tertulis di dalamnya adalah seperti berikut :



terdapat juga beberapa nostalgia keluarga yang dicatatkan sebagai kenangan seperti berikut :


Ini bahagian yang paling saya suka baca : Hari Ini Dalam Sejarah : kenangan-kenangan yang tidak dapat dilupakan sepeti berikut :

sedutan menarik dari catatan di atas : (bagi yg sukar baca tulisan ayah ...)

1976-bandar Segamat, seorang kanak2 perempuan bernama zuraini tiga tahun setengah telah tercampak keluardari kereta yang sedang berjalan dipandu oleh ayahnya sendiri, kejadian berlaku kerana pintu terbuka sedang kanak2 tersebut berdiri makan rambutan (kereta FIAT127)

1980 - rumah 73,Jalan Hiliran Surau , Trengganu, seekor anak lipan hidup masuk ke telinga seorang kanak2perempuan bernama zuraini. ha ha..

6 tahun kemudian ayah menulis sebuah lagi catatan sempena ulang tahun 60 tahun 




satu lagi catatan ayah iaitu yg bertajuk MELESTARI IMPIAN AYAH  belum sempat dimuatkan di sini..

Ayah masih minat menulis hingga satu hari ayah dipelawa menulis buku bersama kanda Zulkifli Khair.
 





buku ini sangat membantu peserta kursus haji yg hadiri ceramah ayah hampir setiap minggu. Ayah memang teladan yang hebat untuk dicontohi untuk seluruh keluarga....



3 comments:

  1. Terharunya dapat lihat kedua buku tulisan ayah tersebut. Saadah punya ada di rumah, nanti perlu disimpan di rumah sendiri sebagai rujukan dan peringatan buat keluarga kami insyaAllah.

    Sebenarnya ada satu lagi buku ayah yang saadah suka baca senyap2. Buku itu mengumpulkan kata-kata hikmah, hadith dll yang ayah suka sebagai rujukan untuk beliau.

    Sangatlah benar bahawa ayah adalah contoh terbaik untuk anak-anak, begitulah selayaknya mereka yang bergelar bapa juga ibu yang menjadi role model utama kepada anak-anak.

    ReplyDelete
  2. 1993, tahun tamat ijazah pertama dan tahun pertama bekerja. Tahniah dengan entri ini.

    ReplyDelete
  3. Masa ayah menulis buku ini, Alhamdulillah dapat mengadap. Tekun sungguh ayah menulis masa itu. Segar dalam ingatan

    ReplyDelete