Monday, February 11, 2013

2012-Kenangan indah buat ayah

23 Disember 2012 - Tarikh ini merupakan tarikh bersejarah buat ayahanda Khair bin Haji Salam kerana atas usaha murni beliau, ayahanda berjaya menganjurkan perjumpaan keluarga .
Inilah lokasi perjumpaan diadakan, surau yg diusahakan oleh almarhum Hj Salam di atas tanah miliknya.


Saya mewakili ayahanda saya Haji Khair bin Haji Salam merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh keluarga yang hadir terutama mereka yg bertungkus lumus menjayakannya (kerana kami tinggal di Johor Bahru).
Ucapan terima kasih teristimewa kepada :
abang Ali dan keluarga, abang Hamsani dan keluarga, abang Hashim Husin, abang Jalal, abang Ajib, abang Faid, abang Saadon@Manan, abang Malik, dan seluruh keluarga masing-masing.....atas usaha gigih dan kerjasama yang padu melaksanakan program tersebut dengan jayanya.
   
Di kesempatan ini juga, sukalah saya merakamkan insan-insan istimewa yang masih ada hingga ke tarikh ini untuk anak cucu cicit kenali kewujudan mereka. Sesunguhnya Allah tidak akan mengasihi orang yang tidak mengasihi hambaNya yang lain.

anak keempat Bonda Marfuah Hj Salam

anak ketujuh - Bonda Alpah Hj Salam

anak kesembilan - Bonda Khadijah Hj Salam

anak kesepuluh - Ayahanda Khair Hj Salam

anak Bongsu - Bonda Aminah Hj Salam
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.) 


Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)



























الفاتحة