Saturday, October 6, 2012

Tempat Jatuh lagi Dikenang, Inikan Pula Tempat Bermain...

Coretan ini khas untuk tatapan anak-anakku untuk diulang baca satu masa nanti.

Setakat ini umi belum berpeluang menulis sesuatu tentang kebun atuk. tiba-tiba hari ni umi rasa nak coretkan sesuatu beberapa kenangan di laman ini. Atuk seorang yang hebat kerana dalam usia itu atuk masih kuat dan bersemangat untuk mengeluarkan peluh di sini.


Atuk yang hebat....
Ternyata darah pahlawan yang dimiliki oleh Nenda Hj Salam ketika membuka Kg Sg Bagan darat satu masa dulu mengalir dalam badan atuk yang gagah. Dulu, atuk ada kebun di Kg Sg Paya di Kulai. Oleh kerana jarak yang lama kelamaan tidak sesuai dengan usia atuk yang semakin bertambah, dan peluang pula mendatang, maka atuk tukarkan tanah di Kulai dengan kebun yg ada di sini.







Pandangan orang tua yang ingin miliki kebun untuk anak cucu bermain ternyata dikabulkan Allah. Atuk bina sebuah rumah yang sebahagiannya disewakan sebagai duit kocek di hari tua. Atuk buatkan juga kolam ikan. Kolam ternakan yang pernah mendatangkan hasil sampingan itu atuk lebih suka jadikan salah satu tumpuan utama untuk anak cucu berminat ke kebun atuk.


ada kesilapan pada tarikh... gambar ini diambil sehari sebelum majlis hol rumah wakaf Januari 2012.  Pertandingan memancing diadakan dengan tawaran hadiah makan free selepas itu mendapat sokongan sepenuhnya daripada cucu-cucu.
pancing..jangan tak pancing.....c.saadah...are you ok....?

umpan yang mengena........


 Ini gambar beberapa tahun dulu sebelum kolam menempatkan ikan dengan lebih serius. Lihatlah cucu-cucu bujang atuk yang hebat. Masing-masing cuba hendak memperlihatkan skill yang terpendam. Walaupun tak dalam tapi aura kolam sebagai tempat mandi digunakan secara maksimum.




Baru-baru ni kami ke kebun lagi. Atuk minta tolong meracun dan potong rumput. Pakcik zul meracun
( sayang gambar pakcik zul meracun tiada kali ini). Cucu-cucu buat apa....lepas pungut daun kering , bakar,, dan apa lagi....memancing la.....

Faris antara cucu atuk yang sangat obses dengan kolam dan ikan. Kalau tak puas hati dengan hasil tangkapan, dia capai sauk dan masuk dalam kolam dan mula menunjukkan taringnya kepada ikan-ikan dalam kolam.

Wednesday, October 3, 2012

Al-Marhum Hj Salam Hj Kasim dan Hjh Muannah Hj Alwi dalam kenangan


Gambar Al-Marhum Hj Salam b Hj Kasim dan Al-marhumah Hjh Muannah bt Alwi
dalam kenangan.....
Gambar lama yang dimodenkan............


Kenangan gambar asal


Pose istimewa untuk anak2ku yg tidak pernah bertemu dengan moyang mereka..


kiriman terbaru dari keluarga almarhum Hj Saim...terima kasih

 


NOSTALGIA : DULU.......KINI


ALBUM INI KAN JADI KENANGAN BUAT MEREKA UNTUK TAHUN-TAHUN MENDATANG................


1)  FARHAH HAMDIAH

DULU.......











KINI.........


2)   MUHAMMAD FARIS HAMDANI

DULU....

KINI...

3 ) MUHAMMAD FAWWAZ HAMDI

DULU.....

KINI.....


4 ) FADWAH HAMDIAH

DULU........

KINI...........


5 ) MUHAMMAD FAYYAD HUMAIDI

DULU....

KINI.....



DAN BEBERAPA KENANGAN LAIN ...........

1 )  ABANG DAN KAKAK :

DULU.....

KINI.......

2 ) FADWAH DAN FAYYAD

DULU......

KINI.........















3 ) FARHAH DAN FADWAH

DULU.....











KINI......

4 ) FARIS DAN FAWWAZ

DULU......












KINI......

5 ) TIGA SEKAWAN......

DULU.......














KINI.............

6 ) KAKAK DAN ADIK MASA TADIKA......

DULU.......SAADAH DAN MUHAMMAD ZIKRI - TADIKA AL-UMMAH 2, 1990










KINI.......SAADAH JUNIOR DAN M.ZIKRI JUNIOR
                ( FADWAH DAN FAYYAD - TADIKA AL-UMMAH 18, 2011 )


7 ) DAN...............SATU MASA KENANGAN ITU.......

DULU.....

KINI.........



 SEJARAH AKAN BERULANG...............PASTIKAN BUAT YANG TERBAIK............

Saturday, August 11, 2012

Tarawih bersama keluarga

Malam ini suami bawa saya dan anak-anak ke satu tempat yang paling digemari oleh suami terutama pada bulan Ramadan . Saya tak lepaskan peluang detik-detik kalau diajak oleh beliau. Terima kasih suami kerana beri peluang keemasan ini.

Saya sangat tertarik dengan keunikan masjid ini di samping setiap tahun para imam nya terdiri daripada para huffaz yang sangat indah bacaannya. Rasa macam di Masjidil Haram detik hati saya.






maklumat lanjut mengenai masjid ini boleh dilihat di sini.