perjalanan ke Mekah dalam keadaan ihram sangat mencabar. kami sampai lebih kurang lepas isyak, selepas makan malam dan berehat sekejap, umrah wajib mesti diselesaikan malam itu juga untuk melepaskan diri dalam keadaan ihram.
perjalanan yg panjang membuatkan kita terfikir peristiwa hijrah, Hijrah yg mengubah sejarah Islam, betapa Allah maha kaya dan adil untuk meletakkan sesuatu di tempatnya yg betul.
subhanallah Mekah yg bersejarah , sejarah yg paling agung dalam dunia kehidupan yg abadi. Kali pertama menatap Kaabah, lidah kelu tidak terkata. Kalau boleh ku ubah putaran masa, ingin ku datang lebih awal lagi. Tapi Allah maha 'alim dan kuasa atas tiap sesuatu. Itulah janjinya. Bahawa yg telah ditetapkan akan pasti dengan setiap izinNya.

kagum dengan muka buki mekah yg diusahakan oleh jentera manusia....untuk kemudahan manusia.....
inilah sebahagian jabal Qubais di belakang masjidilharam yang sebahagiannya telah dijadikan istana... masyaAllah...

di masjid Tana'im kami perbaharui niat untuk melakukan umrah yang kedua. Ya Allah terimalah umrah yang kami abdikan untukMu...

ni gambar terakhir yg diambil selepas tawaf wida', Ya Allah kembalikan aku semula ke sini bersama keluargaku satu masa nanti...

sekian .