Tuesday, March 26, 2013

Ayah dan penulisan

Ayah saya minat menulis dan membaca. 99 peratus buku di rumah ayah yang beli. Ayah membaca di mna sahaja, Di rumah , di dapur, di katil, di hospital, dalam kereta, di bank, atau di mana sahaja ruang yg ada. Selain membaca ayah juga menulis. Tulisan ayah pernah masuk akhbar utusan tahun 60an dulu, juga majalah Warta.
 Saya ingin kongsikan bagaimana ayah saya mempunyai idea menyatukan kami dengan menghasilkan buku keluarga ini.


Inilah buku catatan  untuk keluarga khusus untuk adik beradik saya tulisan ayah, yang memuatkan pelbagai nasihat dan sejarah yang akan menjadi kenangan abadi .


 Buku kecil ini dirasmikan pelancarannya di perkarangan masjid Shah Alam pada tahun 1993 sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 25. Kebetulan saya balik bercuti tahun itu. Ukhti Nursaadah terpilih untuk membacakannya kemudian bergilir-gilir dengan yang lain pula.

Antara nasihat yang tertulis di dalamnya adalah seperti berikut :



terdapat juga beberapa nostalgia keluarga yang dicatatkan sebagai kenangan seperti berikut :


Ini bahagian yang paling saya suka baca : Hari Ini Dalam Sejarah : kenangan-kenangan yang tidak dapat dilupakan sepeti berikut :

sedutan menarik dari catatan di atas : (bagi yg sukar baca tulisan ayah ...)

1976-bandar Segamat, seorang kanak2 perempuan bernama zuraini tiga tahun setengah telah tercampak keluardari kereta yang sedang berjalan dipandu oleh ayahnya sendiri, kejadian berlaku kerana pintu terbuka sedang kanak2 tersebut berdiri makan rambutan (kereta FIAT127)

1980 - rumah 73,Jalan Hiliran Surau , Trengganu, seekor anak lipan hidup masuk ke telinga seorang kanak2perempuan bernama zuraini. ha ha..

6 tahun kemudian ayah menulis sebuah lagi catatan sempena ulang tahun 60 tahun 




satu lagi catatan ayah iaitu yg bertajuk MELESTARI IMPIAN AYAH  belum sempat dimuatkan di sini..

Ayah masih minat menulis hingga satu hari ayah dipelawa menulis buku bersama kanda Zulkifli Khair.
 





buku ini sangat membantu peserta kursus haji yg hadiri ceramah ayah hampir setiap minggu. Ayah memang teladan yang hebat untuk dicontohi untuk seluruh keluarga....



Saturday, March 9, 2013

Bahasa Arab di Madrasah Al-Attas..

mempelajari Bahasa Arab bukanlah semudah menerima perintah ayah.. Ayah adalah insan yang bertanggungjawab meletakkan saya di sekolah itu. Nama sekolah yang asing bagi saya itu tentunya jarang kedengaran di alam kanak2 saya. Tapi itulah hakikat yang mesti saya terima.

 "Minggu depan pergi ujian temuduga," kata ayah tegas. Perkataan temuduga pun saya tidak tahu apa maksudnya apatah lagi persediaan yang mesti dibuat. Sehinggalah beberapa hari sebelum tiba hari temuduga, ayah menyoal saya beberapa soalan ringan meliputi perkara asas fardu ain, aqwal dan af'al solat serta surah lazim. Tidak ketinggalan ayah mengajar saya cara-cara menjawab soalan dengan baik. oh...itulah temuduga rupanya...bisik hati saya. saya masih ingat lagi penemuduga saya waktu itu ialah almarhum Ustaz Amin. Saya diminta membaca potongan ayat Al-qurn dan meminta saya menjawikan beberapa ayat, lain2 saya tak ingat. Lokasi temuduga juga saya tak ingat. Saya cuma diberitahu pada akhir Disember untuk menyiapkan kepeluan untuk tinggal di asrama.

Pada hari pendaftaran , terujanya saya bila saya bertemu dengan kawan lama dari sekolah rendah... Zuraidah Kahar dan Aini Jaafar. Saya tidak sendirian di sini...syukur ada yg saya kenal. Bukan itu sahaja, ayah pula temui kawan lama yg juga anaknya ialah kawan lama di tadika Felda Kemelah, Segamat. iaitu Hamidah Hamzah. Dan saya masih ingat lagi saya temui insan istemewa Puan Khadijah Abdul Wahab, guru kelas lama saya 6 Maju semasa di SK Mohd Khir Johari yang menghantar anak saudaranya Norain Omar.. Saya mula yakin...sekolah ini sekolah yg selamat utk saya.

Saya ditempatkan di asrama 2, dorm c. Kawan pertama saya kenal ialah Normawani Shapiai. Terima kasih wani kerana sudi berkenalan dengan saya. Bermulalah kehidupan baru bersama teman2....Mastura, Nuruliana,Ungku Intan, Khairunisha, Nurinnisa, Normala, Halipah, Noraini, almarhumah Habibah, Azzura Jalil, Azura Kak Long, Zila, Reha,Sabariah,Azizah, Hanipah, Norain, S.Fadlon Zalila,Salehatun, Rozita, Zaharah, Norjhan dan ramai lagi... itulah kawan2 sepermainan kami. Ramai yg tergambar di depan mata...Ada juga nama2 yang saya mulai lupa...(maaf kalau tertinggal....)

Apa yg menarik di Al-Attas ialah budaya membaca tasrif setiap waktu prep petang dan malam. Itu adalah peninggalan termahal dari Almarhum Ustaz Mohsin dalam hidup saya. Mahalnya ialah ilmunya yg digunakan hingga ke hari ini.


ini ini ialah kitab tasrif yg pertama saya kenal dalam hidup ....selain menyalin di dalam buku, acara wajib ialah baca tasrif waktu prep, Siapa ingat lagi kenangan itu...?
 Masa baca dulu tak pernah pun faham.....bodohnya aku dulu.....agaknya berkat guru-guru dulu yang tak jemu mendoakan....alhamdulillah...semua buku2 penting ini saya bawa ke Mesir dulu kerana kebetulan saya ambil jurusan BA.
Di bawah ini pula ialah buku Qawaid i'lal dalam ilmu sorof...kami cuma tahu hafal dan mesti ditasmi' depan ust Mohsin Allah yarhamhu..

masih jelas tulisan almarhum Habib Mohsin buat tatapan kawan-kawan yang sama seperti saya merindui beliau....
Saya selak helai demi helai, tiba-tiba air mata saya mengalir melihat satu kenangan yang tak dapat dilupakan terlakar antara tulisan-tulisan almarhum Habib Mohsin itu. Lakaran itu tidak dapat dipamirkan di sini , namun saya percaya kawan-kawan akan dapat meneka lakaran apakah itu. Sesungguhnya jasa almarhum sangat besar dalam dunia ilmu tanpa sempadan di Madrasah Al-Attas itu. Semoga Allah menempatkan almarhum di satu tempat yg sangat istimewa di sisiNya, amin..

  Lagi beberapa kenangan buku peninggalan habib almarhum di Al-Attas. walaupun ia kitab lama namun kandungan dn isinya tidak akan pernah berubah hingga akhirat

 

Ini kitab nahu yg memperkenalkan saya dgn ilmu i'rab, buku ini sangat berguna bagi pengamal yg tidak mahir seperti saya.
.Semoga kita dapat berusaha mendalami Bahasa Arab bahasa al-Quran yang kekal sepanjang aman,