Wednesday, September 29, 2010

Adakah kesalahan telah terampun dengan kata 'maaf'....

Hati ini ingin menulis di sini lantaran teringatkan sebuah cerekarama yang berjudul "Kemaafan yang Tertangguh". Ada beberapa perkara yang terlinas dalam fikiran ini. Dalam memori Syawal lepas, dalam suasana bermaaf-maafan, pernah terfikir di dalam hati ini adakah kita .....

1. mohon maaf dengan highlight perkara tertentu atau random secara pukal tapi masih tertinggal beberapa perkara yg tidak pasti atau dirahsiakan....
2. mohon maaf tapi esok buat lagi perkara yang sama....

3. mohon maaf sekadar di bibir sahaja untuk menyedapkan hati pihak ketiga....
4. meninggalkan insan tertentu walaupun pernah berdosa dengan mereka.....

5. memilih insan tertentu untuk dihubungi kerana terlalu ramai saudara mara.....atau terlalu banyak dosa hingga sukar untuk minta maaf

Memang tidak dapat dinafikan sukar bagi kita untuk minta maaf dengan semua orang, dalam masa yang sama. Kesuntukan masa, ruang dan peluang dengan dosa yang banyak menjadi alasan yg kukuh untuk kita menangguhkan kemaafan. Namun demikian kita diberi peluang walaupun cuma seketika untuk memohon maaf dengan insan tertentu yang telah dipilih oleh Allah. Perlulah diingat sebelum itu, kitalah yang memilih insan tertentu itu. Ibarat pepatah Melayu berkata, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak kelihatan.



ayahanda, ampunkan kesalahan anakanda dari sejak dilahirkan hingga kini, halalkan segala makan dan minum yg telah menjadi darah daging ini......
bonda, kini ku tahu kemanisan dan keperitan gelaran ibu, ampunkan segala salah dan silap diriku ini...andai ada yang mengguris perasaanmu, itulah kelemahanku , ampunkanlah dosa-dosa ku....

masih adakah lagi kemaafan yang tertangguh ....?